Promotion By Adverlets And Adbrite


Dating In Malaysia

Dating In Malaysia
Dating In Malaysia

Cybermoney2u Blog

Cybermoney2u Blog
Cybermoney2u Blog

Monday, September 03, 2012

Jom Kita Kibarkan Bendera Malaysia Di Internet



Jom rakan-rakan dan rakyat Malaysia semua. Kita warnakan dunia Internet dengan Jalur Gemilang, bendera Malaysia, negara tercinta kita ini. Lupakan perbezaan fahaman politik dan sama-sama kita raikan Hari Malaysia 16 September 2012 dan tahun-tahun mendatang.

Kita jadikan budaya untuk naikkan bendera Malaysia di dalam Internet, dalam blog post kita, Instagram, Facebook, Pinterest dan pelbagai lagi. Jom kita buktikan kepada seluruh dunia bahawa kita mampu lakukannya.

Bagi pengguna Twitter sila tag dengan hash tag

#Merdeka55 dan #Malaysia

Kita riuhkan suasana Dunia Internet dan kecoh rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia.

Jom Heboh Hari Malaysia

Ini adalah usaha sukarelawan Internet Malaysia. Lagi Kempen untuk Jalur Gemilang di Internet. Blog Cikgu Cyber.

Tipswanita.com

3 September 2012

http://blog.perempuanmelayu.info/

Sambutan Hari Malaysia 2012

Wednesday, January 25, 2012

Panduan Memilih Peti Sejuk

Peti ais atau peti sejuk merupakan satu keperluan. Memilih peti sejuk perlulah mengambil kira, jumlah isi rumah, jangka masa simpanan barangan, fungsi-fungsi tambahan dan belanjawan pembelian.

Menggantikan peti sejuk lama, boleh menjimatkan daripada segi penggunaan elektrik. Peti sejuk model terkini lebih menjimatkan elektrik berbanding model sebelum tahun 2002. Hampir semua model peti sejuk kini lebih jimat tenaga elektrik berbanding dahulu.

Semakin besar peti sejuk, semakin mahal harganya. Bertambah fungsi disertakan, semakin naik harga peti sejuk. Model peti sejuk dua pintu atau lebih, iaitu bahagian pembeku ais pintu diasingkan sama ada atas atau bawah, adalah lebih mahal berbanding model peti ais satu pintu.

Peti ais daripada jenama yang dikenali adalah lebih mahal, tetapi jaminan dan ketahanan diketahui dan boleh dipercayai.

Jika jumlah isi rumah seorang ke empat orang, peti sejuk bawah 300 liter adalah bersesuaian. Kebanyakan model dalam kategori ini adalah satu pintu dan biasanya dengan harga RM1000 kebawah. Fungsi tambahan jarang terdapat hanya fungsi asas menyejuk dan membeku sahaja.

Jika sebuah keluarga membeli barangan mentah untuk simpanan seminggu, maka peti sejuk yang dicadangkan adalah sekitar 300 ke 350 liter. Semakin bertambah besar isi padu semakin meningkat harganya. Harga bagi model 300 liter ke atas adalah diantara RM1000 hingga ke RM1500. Yang lebih mahal lagi dengan isi padu sebegini adalah kerana penambahan pelbagai fungsi.

Dicadangkan bagi yang menyimpan barangan mentah untuk jangka masa seminggu, dapatkan peti ais dengan fungsi membunuh bakteria atau yang boleh menyimpan sayur-sayuran segar lama. Antara fungsi-fungsi tambahan adalah, kaca tidak mudah pecah, tahan tumpah, kaca ruang boleh keluar dan pelbagai. Peti sejuk dengan pintu keluli tahan karat, hanyalah penambahan harga dan gaya, tanpa kebaikan tambahan.

Peti sejuk dua pintu, dikatakan dapat mengurangkan jumlah penggunaan tenaga elektrik. Oleh kerana ruang beku dipisahkan dengan ruang sejuk, maka ruang beku jarang dibuka dan akan tetap suhunya. Dalam peti sejuk model satu pintu, suhu ruang beku akan sentiasa berubah yang diakibatkan oleh pintu sering dibuka dan ditutup. Ini menyebabkan peti sejuk akan lebih bekerja untuk menetapkan suhu dalam ruang beku.

Bahagian getah sekeliling pintu peti sejuk adalah bahagian yang mula-mula akan haus. Cuba dapatkan peti sejuk dengan bahagian getah saiz yang lebar dan dapatkan nilaian ujian ketahanan getah ini. Jenama terkenal biasanya membuat nilaian ketahanan berapa jumlah bukaan pintu peti sejuk getah ini akan bertahan. Pilihlah peti sejuk yang pengeluarnya keluarkan jumlah ketahanan dalam dokumennya.

Peti sejuk dengan "Defros" secara automatik adalah fungsi yang boleh dipertimbangkan. Malah ada model dengan selanggara minimun, seperti tidak perlu membuang air yang dicairkan, ia akan dikeringkan sendiri. Fungsi-fungsi ini adalah penambahan, jika penambahan harga dalam belanjawan anda, maka ia boleh dipertimbangkan.

Belilah peti sejuk yang bersesuaian dengan keperluan rumah. Fungsi-fungsi tambahan nampak canggih tetapi membuat harga peti sejuk lagi mahal. Fungsi membasmi bakteria dan kekal segar antara fungsi yang boleh dipertimbangkan sekiranya mampu untuk bayar lebih. Pastikan saiz peti sejuk bersesuaian dengan ruang rumah yang akan diletakkan peti sejuk.

Lain-lain Tips dan artikel

17Dis2006

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

Dapatkan pengetahuan rumah tangga tips dan nasihat untuk wanita

http://groups.google.com/group/tipswanita atau email kepada [email protected]

Simpanan Email lama



Nyah Beku Makanan Laut Supaya Kekal Segar

Makanan laut yang disimpan beku seperti daging, ikan, ketam, udang dan pelbagai lagi perlu nyah sejuk secara perlahan-lahan bagi mengekalkan citarasa dan khasiatnya.

Ikan yang beku, untuk nyah sejuk perlu dipindahkan daripada ruang beku ke ruang dingin dalam peti ais. Ruang dingin ini, yang lebih dingin suhu berbanding ruang beku akan secara perlahan-lahan mencairkan ikan dan ini boleh mengekalkan rasanya.

Untuk mempercepatkan nyah beku, ikan boleh direndam dalam air yang diletakkan garam. Ia boleh mempercepatkan nyah beku dan mengekalkan rasanya.

Untuk ketam dan udang pula, bagi mengekalkan rasanya, nyah beku dalam ruang dingin peti ais. Jangan sesekali rendam ketam dan udang dalam air kerana air akan menyerap masuk dalam ketam dan udang dan menghilangkan rasanya.

Makanan laut lain seperti sotong dan tiram perlu nyah beku secara perlahan dalam ruang dingin peti sejuk.

Hakcipta terpelihara Tipswanita.com

Monday, December 05, 2011

Senaman kemut atasi masalah pundi kencing

Wanita, lelaki boleh guna kaedah pergerakan tertentu untuk kuatkan otot

WANITA yang sihat bukan saja membahagiakan dirinya sendiri tetapi keluarga, tetapi faktor usia, melahirkan anak selain hormon, gaya hidup dan ditambah sikap tidak suka bersenam, seseorang wanita akan berhadapan pelbagai masalah kesihatan berkaitan otot pelvis (atau disebut otot PC - pubococcygeus)


Sesetengah wanita berpendapat kaedah terbaik mengatasi masalah itu adalah menerusi pembedahan. Bagaimanapun sebelum berbuat demikian pelbagai perkara harus difikirkan termasuk keinginan mendapatkan anak dan otot pelvis lain mungkin terjejas.

Justeru, langkah pertama yang harus anda fikirkan adalah bersenam dan mulakan segera.

Sesetengah orang memahami senaman lantai pelvis khusus untuk nikmat seksual dan terhad kepada wanita saja. Sebenarnya senaman lantai pelvis atau dikenal juga sebagai senaman kegel bermula sebagai senaman untuk wanita yang berhadapan dengan masalah terkucil atau gagal mengawal air kencing selepas melahirkan anak. Ia senaman khusus untuk menguatkan otot pelvis dan lelaki juga sepatutnya melakukannya kerana mereka juga kerap berhadapan dengan masalah sama.

Sebahagian tubuh manusia termasuk tulang pinggul berada dalam kawasan pelvis. Di bawah pelvis ada beberapa lapis otot merintang antara dua kaki. Otot itu berkait dengan bahagian tulang depan, belakang dan sisi pelvis.

Dua otot pelvis ini - otot yang besar seakan berbentuk buaian manakala satu lagi seakan berbentuk tiga segi melakukan hampir semua tugas. Ia berfungsi mengekang kebocoran air kencing dan najis.

Justeru, senaman lantai pelvis ini dicipta hampir 58 tahun lalu oleh doktor perbidanan dan sakit puan, Dr Arnold Kegel, bagi menguatkan otot PC, otot bersilang sekeliling anus dan kelenjar prostat.

Ketika itu Dr Kegel mendapati senaman ini berupaya merawat pesakit wanita yang menderita masalah ketidakupayaan mengawal pundi kencing. Walaupun sudah berusia 58 tahun, senaman ini diiktiraf doktor sebagai senaman yang memberi faedah kepada lelaki dan wanita yang berhadapan dengan masalah itu.

Mungkin anda biasa mendengar keluhan ibu bapa atau mungkin rakan sebaya yang akan terkucil ketika batuk, bersin atau mungkin juga ketawa. Kebanyakan masalah ini dihadapi wanita yang kerap bersalin selain golongan berusia. Justeru tidak hairan jika di Amerika Syarikat saja AS5.2 bilion dibelanjakan untuk membeli lampin dewasa.

Semua itu sebenarnya boleh diatasi dengan senaman lantai pelvis. Semakin kerap anda melakukannya, semakin cepat anda berupaya mengatasi masalah.

Sebelum memulakan senaman, pastikan anda mengenali otot pelvis sendiri. Ramai membuat senaman ini dengan otot yang salah. Jika anda rasa tidak selesa di bahagian perut atau belakang ketika melakukan senaman ini, berkemungkinan anda salah dalam melakukannya.

Jangan kemutkan perut atau pinggang atau otot punggung ketika melakukan senaman ini. Elakkan juga dari menahan nafas dan mengetatkan dada ketika mengemut. Pastikan anda dalam keadaan tenang ketika bersenam. Jika anda menggunakan otot yang salah ia akan hanya memburukkan masalah terkucil yang anda hadapi.

Mengenali otot pelvis sangat mudah, jika anda ke tandas membuang air kecil, cuba berhentikan pengaliran air kencing dengan mengemut otot pelvis. Ulang teknik ini beberapa kali hingga anda biasa dengan rasa kemutan kumpulan otot itu.

Disebabkan senaman ini membabitkan otot dalaman, kebanyakan orang memahaminya sebagai senaman menahan air kencing.

Kata Haniza Mokhtar dari pusat kecergasan She’s Fit, di barat senaman yang diperkenalkan Dr Kegel ini cukup popular dan diajar di hospital kepada wanita juga lelaki. Di Malaysia, walaupun ramai mengetahuinya tetapi tahap pengetahuan mereka sangat terarah kepada satu tujuan saja - senaman untuk seksual.

“Senaman lantai pelvis membantu anda mengawal pundi kencing. Kita biasa dengar warga emas yang terpaksa memakai lampin kerana tidak berupaya mengawal pundi kencing. Begitu juga wanita yang kerap bersalin, mereka mungkin berhadapan dengan masalah sama,” katanya.

Katanya, kebanyakan wanita lebih teruja menggunakan rawatan herba seperti mengambil jamu atau manjakani tetapi jika yang bermasalah sebenarnya adalah otot pelvis, tentu lebih baik kita memperbaiki otot itu sendiri.

Senaman lantai pelvis tidak nampak kesan dan pergerakannya secara luaran kerana ia membabitkan otot dalaman tubuh. Kerana itu ia boleh dilakukan dalam pelbagai cara, duduk, berdiri atau pun berbaring di lantai.

“Senaman mudah ini seakan menahan air kencing, tahan untuk lapan saat sebelum mengulanginya semula. Lakukan dua kali sehari dalam tempoh lima minit,” katanya.

Senaman ini tidak diajar di pusat kesihatan tetapi setiap jurulatih kecergasan tahu mengenainya.

Pastikan ketika anda melakukannya pundi kencing tidak penuh dan jangan tahan nafas.

Malah, kerana ia senaman ringkas, anda boleh melakukannya walaupun ketika bermesyuarat! Senaman lantai pelvis ini boleh dilakukan dengan dua cara, senaman cepat dengan otot diketatkan dan dilepaskan dalam tempoh dua saat manakala senaman lambat otot diketatkan antara lima ke 10 saat sebelum dilepaskan.

Dalam masa tiga bulan atau kurang kata Haniza, jika anda bersenam dengan kerap, kesannya akan dapat dirasai.

FAKTA
Enam tanda amaran anda perlukan senaman lantai pelvis

# Terkucil ketika mengangkat benda berat
# Terkucil ketika ketawa, bersin dan batuk
# Kerap terkena jangkitan kencing
# Rasa sakit kerana pundi kencing penuh
# Kerap kencing walaupun tiada jangkitan kencing
# Rasa hendak terkucil tetapi tidak terkeluar

INFO
# Otot pelvis berkait antara tulang pinggul. Otot ini bertindak sebagai lantai yang kuat menyokong organ pelvis pada tempatnya.

# Organ pelvis termasuklah pundi kencing (menyokong air kencing) dan rektum (menyokong pergerakan usus).

# Otot pelvis boleh menjadi lemah dan kendur disebabkan faktor berikut; gemuk, aktiviti yang menekan pundi kencing, usia lanjut, tidak bersenam, kurang hormon estrogen, kerap bersalin dan menjalani pembedahan prostat.

Langkah senaman lantai pelvis

Duduk
1 - Senaman lantai pelvis sambil duduk. Rapatkan kaki.
2 - Tundukkan kepala dengan merapatkan kaki.

Berdiri
1 - Aksi senaman lantai pelvis sambil berdiri. Berdiri sambil mencekak pinggang.
2 - Tahan nafas selama lapan saat dan lepas. Ketatkan otot sebelum dilepaskan.

Baring
1 - Senaman lantai pelvis sambil berbaring. Berbaring dengan mengangkat punggung sedikit dari lantai.
2 - Sambil berbaring, angkat punggung lebih tinggi. Kemut selama lapan saat sebelum lepaskan ketegangan otot.
3 - Senaman lantai pelvis sambil berbaring. Baring dengan merapatkan betis ke paha.
4 - Angkat kaki rapat ke perut sambil mengetatkan otot selama lapan saat sebelum dilepaskan.
5 - Berbaring dengan mengakkan lutut.
6 - Angkat tangan mencapai lutut dan ketatkan otot.

Aksi dengan bola
1 - Berbaring dengan santai dengan meletakkan kaki di atas bola.
2 - Angkat punggung dan ketatkan otot pelvis selama lapan saat dan lepaskan.

Penulis : Oleh Hafizah Iszahanid

Wednesday, October 19, 2011

Berita Harian Sila Mohon Maaf Kepada Human Milk 4 Human Babies - Malaysia


Kami ingin panjangkan sokongan dan rayuan sokongan kepada anda semua bagi isu artikel yang telah dikeluarkan oleh Berita Harian bertajuk "Tawar Susu Ibu di Internet" pada Jumaat, 14hb Oktober 2011. Artikel tersebut telah membawa pandangan negatif dan kurang baik kepada usaha berkongsi susu ibu oleh Human Milk 4 Human Babies (HM4HB). Anda perlu baca lanjut di

Artikel Terpesong tentang Human Milk 4 Human Babies - Malaysia; Surat kepada Editor


Sedangkan bagi orang Islam ada galakan jika ibu tidak berkemampuan, bayi boleh disusu oleh wanita lain dan Rasulullah sendiri disusukan oleh ibu susu yang bernama Halimahtus Sa'adiah. Maklumat lanjut tentang HM4HB boleh anda rujuk disini.


Bagi menyokong usaha HM4HB membersihkan nama baik mereka dan juga memastikan umum mendapatkan penjelasan yang benar dan jelas, sila nyatakan sokongan anda dengan catatkan sokongan melalui laman web dibawah ini.

Berita Harian, please apologize to Human Milk 4 Human Babies - Malaysia - Sign the Petition

Jom Berkawan