Promotion By Adverlets And Adbrite


Dating In Malaysia

Dating In Malaysia
Dating In Malaysia

Cybermoney2u Blog

Cybermoney2u Blog
Cybermoney2u Blog

Wednesday, August 24, 2011

Mati Pucuk - Erectile Dysfunction

Mati Pucuk - Erectile Dysfunction

Di Internet http://groups.google.com.my/group/tipswanita

Mati pucuk atau erectile dysfunction (ED) adalah antara perkara yang ditakuti oleh golongan lelaki. Sekitar 2.2 juta lelaki Malaysia menghadapinya dan ramai pula menderita dalam senyap.

ED bermaksud ketidakupayaan seorang lelaki untuk mencapai atau mengekalkan ketegangan yang mencukupi dalam melakukan hubungan seks. Ia boleh diketegorikan sebagai :-

- Keupayaan lelaki mencapai ketegangan
- Keras ketegangan yang dicapai
- Keupayaan mengekalkanya dan mencapai kepuasan seks

Apabila seorang lelaki ghairah seks. Zakar lelaki menjadi tegang apabila darah mengalir masuk ke dalam dua ruang yang dipanggil "corpora cavernosa". Ruang ini akan membengkak dan menekan salur-salur darah yang membawa darah keluar daripada zakar. Hasilnya darah diperangkapkan, aliran keluar lebih perlahan daripada yang masuk dan zakar akan terus menegang.

Apakah punca ED?

Banyak punca ED adalah daripada masalah kesihatan dan tidak menjaga kesihatan dengan cara yang baik. Antara punca ED adalah :-

Atherosclerosis, darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, stroke, kecederaan saraf, stress dan kemurungan, peningkatan usia, pengambilan ubat-ubat tertentu, arak, rokok, pengambilan najis dadah dan kurang keyakinan diri.

Kebanyakan yang disenaraikan adalah masalah kesihatan yang boleh dielakkan sekiranya mengamalkan amalan kesihatan yang sepatutnya.

Terdapat pelbagai cara rawatan ED. Antaranya adalah pengambilan ubat, pelet intraurethral, rawatan vakum, suntikan penile dan implan penile.

Rawatan yang terbaik adalah penjagaan kesihatan. Amalkan permakanan yang sihat. Lebihkan sayuran hijau dan buah-buahan, kurangkan stress, rajin bersenam, berhenti merokok dan kurangkan pengambilan alkohol. Perkara yang paling baik adalah dengan berjumpa dengan doktor dan berbincangnya.

Terdapat juga kajian bahawa senaman otot pelvis boleh meningkatkan kadar bertahan seorang lelaki. Cara senaman ini dilakukan adalah umpama anda menahan kentut. Tahan dan lepas berulang kali selama dan sekerap mana yang boleh. Lakukan setiap masa dan sekerap yang boleh. Perubahan akan dapat dirasai selepas tiga bulan bergantung kepada keadaan mati pucuk seorang lelaki. Ramai yang mula pulih atau ada yang tiada perubahan. Tidak salah untuk mencuba. Senaman ini bukan sekadar untuk yang tidak tegang sahaja malah latihan otot ini boleh dilakukan oleh mereka yang tidak mampu bertahan lama.

Namun senaman otot pelvis bukan sahaja digalakkan bagi yang mati pucuk dan ia juga untuk yang sihat. Bagi yang sihat senaman ini boleh memastikan kemampuan bertahan akan berpanjangan terutama bagi yang berusia. Bermula awal akan memstikan otot-otot pelvis kekal kekuatannya.

Sumber rujukan :-

Pelbagai sumber antaranya

Pamplet "Freedom to choose spontaneous Intimacy" tajaan Eli Lilly.
Pamplet "Live Vitra Life Speak to your doctor" oleh Bayer HealthCare.

Sidang Pengarang Wanita Is Us

http://groups.google.com/group/tipswanita
http://wanita.perempuanmelayu.info/
http://groups.yahoo.com/group/tipswanita

----

Mencari teman, kawan dan sahabat? Lawati Dating Zone di

http://dating.perempuanmelayu.info/

Untuk tidak ketinggalan artikel dan tips yang berilmu dan menarik

http://groups.google.com/group/tipswanita

Atau hantarkan email kosong kepada

[email protected]

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

No comments:

Jom Berkawan