Promotion By Adverlets And Adbrite


Dating In Malaysia

Dating In Malaysia
Dating In Malaysia

Cybermoney2u Blog

Cybermoney2u Blog
Cybermoney2u Blog

Friday, September 29, 2006

Berjimat Dengan Menjaga Kesihatan

Berjimat Dengan Menjaga Kesihatan

Artikel ini di Internet http://www.wanita.us/jimat-sihat.php

Kehidupan kita telah dipenuhi dengan kelebihan sehingga ianya menjadi pembaziran. Kita terlalu makan, makanan yang manis atau terlalu lebih garam. Kita terlalu makan makanan berlemak sehingga mendatangkan risiko kesihatan kepada jantung dan kesihatan.

Makanan yang kita makan sendiri pun daripada jenis yang segera. Hanya kita bungkus di kedai sedangkan isi kandungannya, khasiatnya terlalu rendah. Kita mengamalkan budaya pemakanan yang tidak menyihatkan dan membazir.

Kurangkan pengambilan gula dalam kehidupan seharian. Hampir semua makanan kita bergula. Sedangkan keperluan gula dalam badan kita terlalu rendah. Mengurangkan separuh penggunaan gula masih terlalu banyak untuk badan.

Penyakit kencing manis menyebabkan timbul pelbagai masalah. Luka yang susah sembuh, mati pucuk bagi lelaki dan kesannya kepada tubuh badan amat ketara. Kurangkan gula sekarang separuh jumlah pengambilan masih tidak cukup, namun bolehlah sebagai permulaan.

“Mamak teh kurang manis” perlu diamalkan. Kurangkan makan coklat dan gula-gula. Jika di rumah minum air masak sudah memadai. Sekali sekala teh atau kopi tapi kurangkan gula.

Darah tinggi kini menjadi satu penyakit moden. Tekanan dan pengambilan garam berlebihan. Garam memang perlu untuk badan namun tidak sebegitu banyak. Garam dimasukkan secukup rasa namun rasa masin bukanlah sukatan yang sebenar. Lidah kita sudah biasa dengan secukup rasa sehingga bila kurang garam macam tiada rasa.

Garam boleh menyebabkan darah tinggi dan hypertension kesannya menyebabkan kerosakan lain seperti sakit jantung dan organ-organ penting lain seperti buah pinggang.

Kurangkan penggunaan garam sekarang, mungkin anda tidak biasa pada awalnya. Lama kelamaan tekak dan lidah akan turutkan kehendak badan yang mahu sihat.

Merokok merbahayakan kesihatan. Belanja membeli rokok merupakan satu pembaziran. Tidak perlu dinyatakan lagi betapa kesan rokok bahaya kepada paru-paru dan otak.

Merokok mengurangkan bekalan oksigen yang sangat perlu untuk otak. Merokok turut menimbunkan badan kita dengan sisa toksin yang lama kelamaan akan merosakkan badan perokok.

Duit yang dibelanjakan untuk merokok boleh digunakan untuk membeli makanan tambahan. Kesihatan perlu dijaga dari awal lagi.

Masak sendiri di rumah dapat meningkatkan tahap kesihatan kita. Kita perlu makan banyak sayuran, minum susu atau kacang soya.

Sarapan “berat” sebelum pergi kerja dapat memberikan kita tenaga sepanjang hari. Dengan menyediakan sarapan sendiri, anda boleh pelbagaikan jenis hidangan yang diambil. Jangan terkejut untuk makan nasi waktu pagi atau makan “berat”. Telah didapati makan pagi membolehkan otak mendapat tenaga dan berat badan dapat dikawal.

Dicadangkan pula pada waktu tengahari, makanlah buah buahan dan suatu yang ringan sebagai alas perut sebelum balik ke rumah untuk makan malam. Makan malam sudah boleh disediakan awal.

Makan malam awal memberikan masa untuk makanan dicerna dan untuk membakar kalori dengan lebih lama sebelum masa untuk tidur. Menyediakan makanan sendiri sarapan dan makan malam boleh amat menjimatkan dibanding dengan makan diluar.

Kurangkan penggunaan minyak. Lemak dalam badan berlebihan boleh menimbulkan pelbagai penyakit. Kukus atau gunakan kuali tidak melekat boleh mengurangkan penggunaan minyak.

Pengurangan makanan boleh dilakukan dengan berkongsi makan. Jika sebelum ini membuat dua pesanan, apa kata selepas ini biasakan buat pesanan untuk seorang sahaja sekali dengan air suam sahaja.

Makan perlahan-lahan, badan akan mengambil masa 20 minit untuk memberi isyarat kenyang. Lagi sedikit makanan masuk ke dalam perut dalam jangka masa itu, semakin kurang selepas itu untuk menambah.

Minum air masak beberapa minit sebelum makan turut membantu. Begitu juga pengambilan buah buahan sebelum makan. Perut akan mula rasa penuh selepas 10 minit kita mula makan. Sama ada mula makan dengan makanan rendah kalori atau makan dengan perlahan.

Beli takaful atau insuran kesihatan. Jika perbelanjaan akan tertekan mulakan dengan nilai bulanan rendah. Belanja perubatan semakin meningkat. Dengan adanya takaful atau insuran kesihatan dapat mengurangkan beban itu.

Mulakan dari usia muda kerana jangka masa takaful dan insuran menjadi lebih lama dan banyak kelebihan dan bayaran polisi lebih rendah. Pastikan ada pulangan keuntungan pada akhir tempoh matang.


Pelaburan dalam membeli pemakanan tambahan pada jangka masa panjang adalah menguntungkan. Pengambilan pil vitamin dan pemakanan tambahan yang lain dapat meningkatkan tahap kesihatan dan menjauhkan kita dari pelbagai penyakit. Kurang ke klinik atau hospital bermaksud tiada kos perubatan. Pastikan barangan dibeli daripada jenama dikenali.

Menjaga kesihatan bermaksud kita berjimat.

Artikel Sebelum ini : Jimat Minyak Petrol http://www.wanita.us/jimat-minyak-petrol.php
Urutan Asmara Dan Cakar rimau http://kamasutra.wanita.us/urutasmara.php


Laporkan kenaikan Harga Kepada pihak berkuasa dan persatuan pengguna anda.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
http://www.kpdnhep.gov.my/

Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
http://www.fomca.org.my/

Persatuan Pengguna Islam Malaysia
http://www.muslimconsumer.org.my/



Sidang Pengarang Wanita Dot Us
http://www.wanita.us/tipswanita.php



--- Iklan

Dapatkan Kad Raya Dan Depavali di
http://www.wanita.us/ecard.php

Sunday, September 03, 2006

Cegah Jenayah Rogol

Cegah Jenayah Rogol


Jenayah rogol juga boleh dicegah sekiranya wanita mengambil berapa langkah-langkah tertentu untuk menjaga keselamatan diri masing-masing.

Undang-undang membenarkan hak mempertahankan diri daripada sebarang pencabulan (rogol) dengan menggunakan kekerasan ke atas penyerang (perogol) sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya.

i) Cara Perlakuan (Modus Operandi)

* Mangsa diserang di tempat sunyi dan berseorangan
* Memujuk pujuk rayu untuk berhibur dan bermalam di hotel atau ke rumahnya
* Menggunakan dadah, minuman keras atau pil khayal sehingga mangsa khayal/tidak sedarkan diri untuk memudahkan dirogol
* Mangsa dirogol semasa melakukan rompakan
* Mangsa dirogol semasa bersendirian di rumah
* Mangsa sendiri bersetuju bersetubuh tetapi membuat laporan atas sebab-sebab tertentu
* Mangsa dirogol dengan tipudaya bomoh
* Mangsa bersetuju mengadakan persetubuhan tetapi dibawah usia 14 tahun.

ii) Langkah-langkah Pencegahan

* Jika memandu sendirian - sentiasa melihat bahagian dalam kereta anda sebelum memasuki kereta. Pasang penghalang buka kunci kereta di pintu dan di tempat yang memudahkan kereta dibuka tanpa kunci. Selain ia mengelakkan kecurian ia membantu daripada orang berniat jahat bersembunyi.

* Kunci segera pintu kereta sebelum membuka kunci keselamatan atau menghidupkan enjin kereta. Ini untuk memastikan anda tidak diserang sewaktu leka menghidupkan enjin kereta.

* Pastikan pintu kereta sentiasa dikunci sewaktu memandu kereta, ini untuk mengelakkan serangan sewaktu berhenti seperti di lampu isyarat atau di simpang jalan.

* Hendaklah lebih berhati-hati apabila berjalan menuju ke arah kereta anda di tempat letak kereta. Pastikan kereta diletakkan di tempat yang terang, dekat dengan pintu yang menjadi laluan dan dikawal oleh pengawal keselamatan dan kamera keselamatan.

* Apabila menggunakan pengangkutan awam, pastikan yang penumpang wanita lain ada bersama anda. Catatkan nombor kenderaan awam yang dinaiki terutama teksi atau sms maklumat tersebut kepada kenalan terdekat. Pastikan anda sekurangnya mengenali jalan yang digunakan untuk ke tempat yang dituju. Ini membolehkan anda mensyaki sesuatu yang tidak diingini lebih awal dan mengambil tindakan.

* Telepon atau SMS sesiapa semasa dalam perjalanan setiap 15 minit atau jangka masa yang sesuai atau sekurangnya memastikan telepon bimbit sentiasa dihidupkan. Ia akan memudahkan usaha mencari anda jika sesuatu berlaku kerana setiap panggilan, sms dan pancaran telepon bimbit anda, ada catatan di pusat utama telepon bimbit.

* Jika anda melihat seseorang disyaki berlegar-legar di sekitar kawasan kemudahan awam, elakkan daripada memasuki kawasan itu. Sekiranya anda diekori lari ke tempat orang ramai sambil membuat panggilan telepon bimbit.

* Elakkan diri daripada memasuki lif di tempat-tempat terpencil dan sunyi bersama seseorang yang tidak dikenali atau yang dicurigai.

* Dapatkan kerjasama persatuan penduduk dan anda sendiri untuk meminta pihak pengurusan bangunan untuk memasang CCTV didalam lif dan tepat-tempat yang tersembunyi.

* Elakkan dari melalui jalan-jalan di bahagian belakang atau pun kawasan-kawasan yang terpencil atau sunyi. Jika keadaan perlu, pastikan anda memakai kasut yang sesuai mudah untuk anda melarikan diri.

* Semasa di rumah, jangan membuka pintu kepada orang yang tidak dikenali, pastikan pengenalan diri tetamu terlebih dahulu. Sentiasa bercakap dipisahkan diatara pintu pagar atau gril berkunci. Hubungi orang terdekat untuk kepastian dan memberi maklumat. Jangan sesekali membuka pintu kepada sesiapa pun.

* Jika mereka mengaku sebagai pihak berkuasa, minta mereka tunjukkan kad kuasa, dapat nombor hubungan pejabat mereka untuk membuat pengenalan. Jangan berikan kebenaran untuk masuk jika anda seorang diri. Jika masih lagi meragukan dan mereka berkeras untuk masuk, minta mereka tunggu sementara anda dapatkan orang lain untuk datang. Jika benar mereka pihak berkuasa, mereka akan menunggu, sementara anda telepon dan mendapatkan orang lain supaya datang untuk ke rumah untuk menemankan anda.

* Sila dapatkan pegawai wanita dan anda perlu tegas tentang perlunya ada pegawai wanita turut serta untuk masuk ke rumah. Sekali lagi minta mereka nombor hubungan pejabat dan anda telepon sendiri untuk memastikan kebenarannya. Jika tiada pihak polis mengiringi mereka, sila tanya kenapa dan jika perlu anda berhubung dengan balai polis terdekat untuk mendapatkan maklumat. Adalah penting untuk mendapatkan dan menyimpan nombor balai polis terdekat.

* Pastikan rumah dimangga kunci sentiasa walau pun anda mungkin ingin keluar sekejap. Jangan lalai. Pastikan juga anda tahu di mana kunci berada tetapi pastikan ia di tempat yang tidak mudah dicapai dari luar. Periksa rumah untuk sebarang ruang yang boleh dipanjat masuk. Buat sesuatu untuk menguatkan kawasan yang lemah.

* Pasangkan rantai atau kunci buka untuk pandang luar bukan setakat di pintu utama malah di semua bilik. Jika pintu dibuka, rantai tersebut mampu menahan pintu daripada dibuka.

* Jangan terima pelawaan untuk menaiki kereta daripada orang-orang yang tidak dikenali atau baru dikenali. Orang-orang yang kenali juga perlu dikenal pasti dan diketahui oleh keluarga atau teman-teman rapat anda. Beritahu mereka melalui sms atau telepon bimbit tentang nombor kenderaan, warna dan jenis kereta.

* Nasihatkan anak-anak anda supaya jangan menerima pelawaan untuk menaiki kenderaan, hadiah atau makanan daripada orang yang tidak dikenali ketika berada di luar rumah.

* Tidak digalakkan meninggalkan anak gadis bersendirian dengan sebarang lelaki di rumah.

* Lengkapkan diri anda dengan alatan pencegahan seperti siren yang kuat dan penyembur berlada (pepper spray). Hati-hati dengan penyembur berlada, ia turut boleh menjejaskan mata dan hidung anda. Lakukan semburan dengan mepastikan ia ditujukan dengan betul dan anda segera larikan diri.

* Telepon bimbit kini adalah kemudahan yang perlu. Ia boleh membantu anda dalam mendapatkan bantuan atau usaha menjejak anda. Ia tidak perlu mahal asalkan ia boleh membuat panggilan dan SMS.

* Pelbagai alatan dalam beg tangan boleh digunakan sebagai alat pertahanan diri. Sebagai contoh, pen, pensil maskara, hujung sikat atau berus, kunci yang hujungnya didepan apabila diletak antara jari. Spray minyak wangi atau rambut turut mampu menjadi senjata terutama apabila ia disembur pada mata. Gunakan alat berkenaan semasa anda diserang dan yg paling penting jangan merasa tertekan dan takut.

* Alat berkenaan hendaklah ditujukan pada tempat yg boleh mencederakan penyerang iaitu mata, kerongkong (dileher), perut, lubang telinga, dibawah dagu, sebelah atas bahu, lengan tangan, dada (bahagian puting), tepi pinggang, peha, alat kelamin, belakang leher dan lubang hidung. Ingat ya tujuan serangan adalah untuk melemahkan penyerang agar anda boleh larikan diri.

* Belajar seni mempertahankan diri yang mudah. Belajar bagaimana bertahan dan menyerang tempat yang lemah. Ada bengkel sehari yang boleh diikuti.

* Jika anda keluar makan dengan orang yang baru dikenali, tahu apa yang anda minum dan siapa yang menghidangnya. Jika boleh ajak sesiapa menemankan anda. Pastikan anda pulang awal dan anda dijemput untuk pulang.

* Jangan benarkan gambar-gambar anda diambil terutama oleh orang yang baru anda dikenali. Hati-hati jika anda melakukan hubungan intim yang tanpa pakaian, dengan wujudnya telepon bimbit yang boleh merakamkan gambar dan video, apa yang dirakam dengan mudah boleh disebarkan di Internet. Ia boleh menjadi bahan ugutan untuk pelbagai perkara yang anda tidak ingini. Hati-hatilah. Hubungan seks adalah satu perkara peribadi sila pastikan ia tidak dirakamkan.

iii) Sekiranya Anda Dirogol - Apa Yang Mesti Dilakukan?

* Jangan mandi dan basuh diri anda. Pelbagai tinggalan boleh membawa kepada penjenayah dan menjadi bukti dakwaan di mahkamah.

* Segera dapatkan bantuan daripada keluarga dan juga pusat perlindungan wanita. Anda perlukan nasihat kaunseling daripada pakar dan panduan menghadapi tekanan hari mendatang.

* Segera ke balai polis membuat pengaduan.

* Jangan basuh pakaian yang anda gunakan semasa kejadian.

* Jangan ganggu kawasan persekitaran kejadian jenayah. Biarkan dalam keadaan sebagaimana ia berlaku. Ini akan membantu polis dalam siasatan forensik.

* Beri maklumat lengkap tentang kejadian dan bentuk rupa perogol. Walaupun ia merupakan satu tekanan namun ia adalah yang terbaik untuk memastikan penjenayah ditangkap dan setiap maklumat terperinci akan membantu siasatan polis. Sila dapatkan polis wanita untuk mengambil maklumat anda.

iv) Pegang Nasihat Ini

"You cannot trust anybody except your mother".

Pastikan tiada kelemahan pada pihak anda yang membolehkan penyerang mengambil kesempatan. Biarlah dikatakan kolot dengan memberitahu keluarga atau membawa keluarga anda untuk keluar "dating". Ia lebih selamat.

Fakta yang paling penting dipetik (IKIM) , banyak jenayah rogol yang dilakukan oleh orang yang dikenali (Acquaintance rape/date rape), seperti namanya, merujuk kepada kes di mana mangsa mengenali perogolnya, baik untuk satu jangkamasa yang lama, mahupun untuk masa beberapa jam sebelum kejadian tersebut.

---

Artikel ini diolah daripada sumber Internet. Diantaranya

http://www.kpwkm.gov.my/ (Tips Keselamatan Ketika Berada Di Dalam Kereta)

Rujukan lain

http://www.wao.org.my/news/perkosa.htm (Perkosaan dan jenayah seksual)

Info alamat dan telepon kontinjen PDRM Seluruh Malaysia

Bilik Gerakan

http://www.wao.org.my/services.htm (Senarai no telepon penting)

WAO Sexual Assault Helpline 03-7960 3030
All Action Women's Society (AWAM) 03-78774221 / 0224
TELEDERA 1-800-883040


Sidang Pengarang Wanita Are Us

Untuk tidak ketinggalan artikel dan tips yang berilmu dan menarik


Atau hantarkan email kosong kepada

[email protected]

Saturday, September 02, 2006

Tiap Hari Sayang

Tiap Hari Sayang

Menariknya "tag line" iklan di TV ini. Satu tajuk yang saya ingin olahkan buat ingatan kita bersama. Tiap hari sayang, mengapa tidak ya setiap hari penyataan sayang kita tujukan kepada orang yang kita sayang dan cinta. Masih ada stigma dikalangan kita bahawa sentiasa menyatakan sayang dan cinta penyataan itu akan menjadi murah dan tidak bermakna.

Ingin saya perjelaskan tentang stigma yang tidak berasas ini. Kenapa "tiap hari sayang" perlu dinyatakan sama ada dalam bentuk bahasa, perlakuan dan sikap.

Satu ketika saya pernah membaca satu kisah tentang seseorang yang menyayangi dan menyintai. Agak sukar untuk dia menyatakan kerana kesibukan tugas harian dan perasaan bahawa penyataan itu hanya perlu diucap pada hari-hari yang istimewa sahaja.

Namun dalam hatinya ada juga rasa tersirat, bahawa jika ia tidak dinyatakan, mungkin tidak ada lagi kesempatan untuk itu. Kesibukan menangguhkan dirinya melakukannya dan beranggapan bahawa, sudah tentu si dia tetap mengetahui rasa cinta dan sayang dirinya.

Namun setiap dari kita tentu akan lagi bahagia jika ia diucapkan setiap hari dan setiap masa pada kita.

Akan tetapi kesempatan untuk dia menyatakannya pada si dia tidak kesampaian. Si dia pergi buat selamanya tanpa sempat mendengar dari mulutnya sendiri penyataan sayang dan cinta. Dia menyesal kerana tidak dapat sampaikan sayang dan cintanya.

Tiap hari sayang. Miski pun si dia tahu, alahkah bahagianya jika ia dinyatakan setiap hari.

Jadi mengertilah, ungkapkan tiap hari sayang ini. Nyatakan penyataan cinta dan sayang anda setiap hari. Jika tidak dengan mulut, maka lakukan dengan perilaku istimewa. Sebenarnya yang kita sayang dan cinta mengharapkannya dan buatlah sesuatu kenangan terindah.

http://tipswanitasihat.blogspot.com/2006/08/kenangan-terindah-ciptakan-ia-setiap.html

Tiap Hari Sayang.

Hafija
Sidang Pengarang Wanita Dot Us
http://www.wanita.us/tipswanita.php


Bakal muncul ruang baru
Jobs At Wanita http://jobs.wanita.us/

Jom Berkawan