Promotion By Adverlets And Adbrite


Dating In Malaysia

Dating In Malaysia
Dating In Malaysia

Cybermoney2u Blog

Cybermoney2u Blog
Cybermoney2u Blog

Tuesday, October 31, 2006

Wang Internet Untuk Wanita

Wang Internet Untuk Wanita

Artikel ini di Internet

http://www.wanita.us/adsense-wanita.php

Ramai antara kita terutama golongan wanita yang menulis di Internet sama ada melalui Blog atau laman web sendiri. Mengapa tidak ambil kesempatan daripada penulisan anda untuk menjanakan sedikit pendapatan dan wang.

Adsense merupa satu perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat Google yang membolehkan mana-mana laman web yang sesuai dan memenuhi syarat, menayangkan iklan yang berkaitan dengan pengisian laman dan kemudian mendapat pembayaran hasil klik yang benar pada iklan.

Iklan Adsense datang daripada perkhidmatan pengiklanan Adwords yang juga daripada syarikat Google.

Syarikat Google melalui enjin cariannya di http://www.google.com/ merupakan laman web carian yang paling banyak digunakan. Adwords pula menawarkan cara pengiklanan yang mudah dan murah. Manakala Adsense memberikan peluang kepada pemilik laman web untuk mendapat sedikit wang atau duit, bahagian hasil pembayaran di Adwords.

Sama ada anda sudah mempunyai atau tidak, blog atau laman web, yang paling penting adalah menulisnya dalam bahasa Inggeris. Ini adalah kerana kebanyakan iklan dalam Adwords yang ditayangkan di Adsense adalah dalam bahasa Inggeris.

Adsense menayangkan iklan berdasarkan isi kandungan muka laman. Sekiranya muka laman mengenai Malaysia hanya iklan berkaitan dengan Malaysia sahaja akan ditayangkan.

Mempunyai isi kandungan laman yang bermutu dan tersendiri adalah penting dalam mendapatkan iklan yang baik dan bermutu. Ia turut memberikan nilai carian yang tinggi sekiranya artikel atau isi kandungan laman tidak dapat dimana-mana di Internet.

Pengguna Internet mahukan maklumat yang benar dan berguna. Kongsikan pengalaman dan ilmu anda. Kongsikan perjalanan hidup anda. Yang penting karya anda asli. Jangan ciplak.

*** Bagaimana hendak bermula dengan Adsense? ***


Sediakan laman web atau blog dalam bahasa Inggeris. Sekiranya anda sudah mempunyai blog atau laman web anda sendiri, usahakan satu yang lain, terjemahkan isi kandungan atau tulis yang lain. Yang penting dalam bahasa Inggeris.

Setelah mempunyai laman atau blog dalam bahasa Inggeris dan isi kandungan sudah lebih lima muka laman, barulah memohon untuk menyertai Adsense. Adsense mementingkan isi kandungan, pengisian yang berguna dan hasil tulisan asli. Penilaian akan dibuat sebelum akaun permohonan Adsense diluluskan. Baca syarat-syarat permohonan dengan teliti.

Link dan banner permohonan Adsense boleh didapatkan disini

http://www.wanita.us/adsense.php

Pastikan anda menggunakan alamat email yang sesuai dan kekal. Jika menggunakan email web di http://www.gmail.com/ adalah baik kerana ia akan diselaraskan dengan semua perkhidmatan Google.

Bagi anda yang tidak mempunyai laman sendiri, anda boleh gunakan perkhidmatan http://www.blogger.com/ sebagai permulaan. Terdapatkan konfigurasi atau "Setting" untuk masukkan kod Adsense. Daftar dan isikan blog anda, barulah mendaftar dengan Adsense.

- Apabila akaun Adsense anda diluluskan, kod Adsense perlu dimasukkan dalam setiap muka laman anda. Bagi yang menggunakan http://www.blogger.com/ kemudahan kemasukkan sudah sedia ada. Baca panduan berapa banyak jenis kod yang boleh dimasukkan. Secara ringkas 3 kod Text ads, 1 kod link ads dan 2 borang carian Google.

- Usaha yang paling penting adalah selalu menulis dan kembangkan laman web anda. Masukkan pengisian yang asli dan bermutu. Anda boleh ceritakan pengalaman seharian anda dan perkara yang menjadi hobi dan minat.

Anda boleh membuka satu lagi laman dalam bahasa Melayu. Kod akaun Adsense anda kini boleh digunakan dimana-mana laman web yang sesuai dan memenuhi syarat tanpa perlu memohon akaun lain. Anda boleh menulis dahulu dalam bahasa melayu dan kemudian terjemahkan semula dalam bahasa Inggeris.

Jangan terlalu mengharap pulangan yang besar atau dengan cepat. Semuanya bergantung kepada pengisian yang anda masukkan dalam laman web anda. Jangan sesekali salin isi laman web atau blog orang lain. Google mempunyai rekod isi laman yang besar dan meluas. Google tahu hasil ciplak. Ini akan merendahkan "rank" dalam carian Google dan mungkin menyebabkan akaun Adsense anda boleh ditutup.

Jangan cuba menlanggar syarat penyertaan Adsense. Google mempunyai polisi yang ketat. Yang penting asli dan selalu menulis. Lambat laun hasilnya adalah cukup memadai.

Bagi anda yang berminat boleh gunakan kemudahan di Senserely.com bagi berkongsi trafik dan pengisian di mana tanpa perlu ada laman web, anda hanya perlu blog pengisian yang bermutu, maka trafik akan dikongsi sama rata antara semua yang berdaftar. Jika anda yang membawa trafik anda akan mendapat kelebihan. Rujukan sambungan laman web dibawah untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

http://www.senserely.com/referral/777778f1

Pastikan anda sudah mempunyai akaun Adsense.

Ikuti lagi penulisan tentang Adsense dengan menyertai kumpulan email terhad di Tipswanita http://www.wanita.us/tipswanita.php

Artikel Sebelum ini :

Jom Jimat Raya
http://www.wanita.us/jimatraya.php

Berhati-hati di Jalan Raya
http://www.wanita.us/hatidijalan.php

Jimat Minyak Petrol
http://www.wanita.us/jimat-minyak-petrol.php

Berjimat Dengan Menjaga Kesihatan
http://www.wanita.us/jimat-sihat.php

Cegah Jenayah Rogol
http://www.wanita.us/rogol.php

Lain-lain Tips dan artikel
http://www.wanita.us/articles.php

Moga memberi manfaat untuk semua.

Sidang Pengarang Wanita Dot Us
http://www.wanita.us/

29OKT2006


Iklan ---

Tandakan Wanita Dot Us dalam Bookmarks anda
http://www.wanita.us/bookmarks.php

Asian Dating Zone http://dating.wanita.us/asian.php

Untuk tidak ketinggalan artikel dan tips yang berilmu dan menarik

http://groups.google.com/group/tipswanita

Atau hantarkan email kosong kepada

[email protected]

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

Thursday, October 19, 2006

Berhati-hati Di Jalan Raya

Berhati-hati Di Jalan Raya

Artikel ini di Internet : http://www.wanita.us/hatidijalan.php

Daripada 6,188 kemalangan maut di jalan raya sepanjang tahun 2005.

57.9% melibatkan motosikal
20% adalah pemandu kenderaan
9.7% adalah penjalan kaki
dan 3.6% melibatkan basikal.

Maklumat : Polis DiRaja Malaysia

Dengan perkembangan terbaru, had laju kebangsaan bagi jalan-jalan persekutuan diturunkan sehingga 80KM sejam pada musim perayaan, maka langkah drastik ini diharapkan dapat menurunkan kemalangan maut sepanjang musim perayaan.

Berdasarkan statistik didapati kemalangan melibatkan motosikal adalah terlalu tinggi. Langkah-langkah perlu diambil oleh penunggang motosikal.

- Pastikan kenderaan diperiksa sebelum memulakan perjalanan. Brek perlu makan. Tukarkan pad brek sekarang. Hanya kerana mahu berjimat atau bersikap nanti dahulu, nyawa boleh melayang. Rantai motosikal juga perlu ditukarkan dengan yang baru. Lampu depan dan belakang pastikan berfungsi.

- Gunakan topi keledar yang diluluskan oleh SIRIM dan JPJ. Topi tutup penuh lebih menjaminkan dimana ia mampu menahan hentakan kuat kepada kepala akibat terjatuh daripada motosikal. Kemaskan dan ketatkan agar ia tidak mudah tertanggal.

Perlindungan kepala adalah faktor penting bagi menentukan hidup dan mati. Kemungkinan kepala akan terhentak sewaktu jatuh daripada motosikal adalah tinggi berbanding dengan kenderaan lain. Banyak kematian adalah kerana kecederaan di kepala dan ia boleh dikurangkan hanya dengan mengetatkan ikatan topi keledar. Fikirkanlah.

- Gunakan pelindungan muka yang cerah dan ia sentiasa dibersihkan. Gangguan habuk pada mata sering mengganggu tumpuan pemanduan.

- Pakai pakaian yang sesuai dan memakai jaket adalah digalakkan. Jika dapat gunakan jaket kulit. Jaket dapat melindungi badan daripada serpihan batu atau terbangan lain. Dapatkan jaket yang cerah dan mudah dilihat daripada jauh. Memakai baju keselamatan kuning atau oren adalah digalakan.

Dengan perjalanan jauh balik raya, lebihkan belanja membeli jaket keselamatan.

- Pakai kasut yang menutup seluruh kaki. Pakai kasut yang tebal tapaknya dan berstokin. Kemaskan ikatan supaya kasut tidak mudah tertanggal. Cara dan bagaimana kaki membantu mengimbangkan badan bergantung kepada kasut yang bersesuaian.

Kecederaan pada tapak kaki dapat dielakkan sekiranya memakai kasut yang sesuai dan tebal kerana dalam keadaan untuk mengimbangkan badan kaki memainkan peranan. Selipar atau capal hanya lagi menyusahkan dan boleh menjadi punca kemalangan atau kecederaan yang lagi serius.

- Gunakan sarung tangan. Ia banyak membantu mengurangkan kebas dan kesakitan tangan sewaktu perjalanan jauh. Berhenti untuk senaman ringan untuk hilangkan kebas dan sakit-sakit badan.

- Memakai lapik lutut dan siku adalah digalakkan bagi mengurangkan kecederaan pada bahagian tersebut sekiranya terjatuh.

- Mengantuk dan keletihan merupakan satu lagi punca kemalangan. Kita boleh terlelap walaupun kita berusaha untuk bertahan dan menahan mengantuk. Inilah antara punca berlaku kenderaan terbabas. REHAT. Sekali lagi. REHAT. Cukupkan sekurangnya 4 jam tidur yang lena. Dekat macam mana perjalanan anda atau cepat macam mana mahu dituju perjalanan, rehat adalah penting.

Jika sewaktu perjalanan rasa mengantuk atau menguap, cepat-cepatlah cari tempat berhenti dan lelapkan sekejap mata. Jangan bertangguh atau mungkin anda akan lelap selamanya.

_________________

Pemandu Kenderaan
_________________

Kepada kenderaan lain, kerja sama untuk memastikan keselamatan penunggang motosikal di jalan raya adalah tanggung jawab bersama. Jika anda mahu orang lain berhati-hati di jalan raya maka ia sepatutnya bermula dari anda.

- Cukup rehat adalah perkara paling utama. Dengan rehat dan tidur yang cukup membolehkan keputusan dibuat dengan baik. Badan yang letih dan mengantuk, hanya emosi yang membuat keputusan. Seperti mana apa yang ditulis diatas ia juga turut merangkumi pemandu kenderaan.

Cukupkan tidur sekurangnya 4 jam. Tidur dengan lena dan tanpa gangguan. Sekiranya dalam perjalanan menguap dan mengantuk. Berhenti dan lelapkan mata. Lelap sekejap sudah boleh hilangkan rasa mengantuk. Bila badan dan otak minta rehat, bagi ia rehat. Jangan jadikan Hari Raya satu hari tangisan buat keluarga tersayang.

- Rancang perjalanan anda. Dengan kesesakan yang berlaku di jalan raya, pengetahuan tentang jalan yang sesuai adalah penting. Pastikan anda tahu dimana kawasan rehat dan rawat, dimana hendak isikan minyak, dimana tempat makan yang sesuai, hospital dan yang paling penting tandas.

- Pastikan perkara yang boleh mengganggu diselesaikan. Jika lapar, makan. Sahur perlu jika perjalanan siang sewaktu bulan Ramadhan. Buang air dahulu, kosongkan pundi kencing atau perut. Kesesakan boleh melambat perjalanan ke tandas dan ini menambahkan lagi stres. Anda perlu kurangkan stres.

- Pastikan kenderaan diperiksa. Minyak hitam ditukar. Air pada radiator ditukar dan ditambah pada tahap yang disyorkan. Bateri kenderaan sekiranya lebih setahun sepatutnya ditukar. Jangan tunggu sehingga kenderaan bateri akhir hayat, baru hendak tukar. Sekiranya ini berlaku, Ia bukan setakat mengganggu perjalanan malah anda boleh menghadapi bayaran yang mahal.

Isikan tangki minyak penuh bermula awal perjalanan lagi.

- Pakai tali pinggang kerana ia boleh menyelamatkan nyawa anda. Galakkan penumpang memakai tali pinggang. Pastikan anak-anak kecil duduk dalam kerusi keselamatan khas. Buat sesuatu agar anak-anak kecil boleh duduk dalam kerusi keselamatan, lekakan dengan permainan atau pastikan perkara penting mereka tidak tertinggal (contohnya bantal busuk dan puting).

- Pastikan keselamatan kenderaan sewaktu berhenti dan meninggalkannya. Kunci dan jangan tinggalkan barang-barang berharga di dalam kereta.

- Semua pemandu kenderaan sepatutnya tahu cara-cara pertolongan kecemasan dan menyimpan peti perubatan dalam kenderaan. Ambil perhatian bagaimana untuk menghadapi kecederaan serius seperti patah terutama patah tengkuk dan tulang belakang. Belajar tanda-tandanya.

- pastikan telepon bimbit boleh berfungsi. Bateri telah dicas.

- Jangan pasang lampu tinggi sekiranya ada kenderaan datang daripada berlawanan arah. Ia mengganggu dan memang ada yang akan menyumpah anda. Biarlah kita sentiasa didoakan dengan perkataan yang baik.

- Pastikan kenderaan di pandu dalam had laju yang dibenarkan. Miskipun anda tidak nampak polis namun peralatan perangkap laju sekarang adalah canggih. Dalam keadaan malam dan siang ia mampu untuk mengambil gambar dan kelajuan kenderaan anda.

- Sekiranya hujan lebat atau kabus tebal, perlahankan kenderaan dan nyalakan lampu depan tetapi JANGAN nyalakan lampu kecemasan. Ia hanya mengelirukan pemandu yang lain. Adalah penting untuk perlahankan kenderaan. Tayar berkesan pada tahap yang berbeza pada keadaan cuaca yang berbeza. Basah dan lembab mengurangkan kesan cengkaman.

- Jarakkan kenderaan dan amalkan kiraan dua saat. Tindakan menekan brek, Tindak balas otak daripada mata sehinggalah arahan kepada kaki menekan brek mengambil masa 18 milisaat (lebih 1 saat). Kenderaan sudah berlanggar sewaktu brek baru ditekan sekiranya jarak dua saat tidak diamalkan.

- dan tolong jangan ambil ruang dua saat kenderaan orang lain. Ini hanya timbul rasa marah dan meninggalkan kesan tiada siapa yang mahu amalkan jarak dua saat kerana sikap pemandu yang ambil ruang jarak ini.

- Gunakan cermin untuk melihat kenderaan lain di belakang dan berikan lampu isyarat awal (sekurang lebih daripada lima saat) sewaktu menukar haluan atau kedudukan kenderaan.

____________________________

Sekiranya kemalangan berlaku
____________________________


- Jangan panik dan cuba tenangkan diri dan mereka yang berada di dalam kenderaan anda.

- Matikan enjin kenderaan dan pastikan kenderaan selamat. Sekiranya ada kebocoran minyak dengan segera tinggalkan kenderaan.

Pastikan anda dan penumpang menunggu di belakang penghadang jalan, bawa dokumen atau barang berharga sekali, sekiranya boleh. Pastikan penumpang semua cukup tiada yang tertinggal di dalam kenderaan. Bagitahu orang ramai sekiranya ada yang tertinggal untuk membolehkan orang ramai memberikan bantuan.

- Sekiranya ada kecederaan dengan segera telepon 999 untuk mendapatkan bantuan. Sekiranya anda berada di atas lebuh raya bertol, dapatkan nombor telepon perkhidmatan ronda dan turut telepon mereka untuk bantuan.

Telepon juga keluarga atau orang lain untuk mendapatkan nasihat dan bantuan. Dalam keadaan panik, kita mudah terkeliru dan rasa tidak boleh berbuat apa-apa.

Periksa diri dan penumpang untuk sebarang kecederaan terutama kecederaan dalaman. Pastikan tiada bengkak-bengkak pada badan, berdarah hidung atau telinga. Mungkin anda cedera kecil namun tidak salah ambil langkah berjaga-jaga. Baring atau duduk dan rehat.

Sekali lagi Pastikan kenderaan dan keadaan sekeliling selamat. Jangan alihkan mereka yang mengalami kecederaan berat dan serius. Sila tunggu mereka yang berkelayakan dalam perubatan untuk berbuat sesuatu. Pastikan mereka yang cedera dalam keadaan selesa dan selamat. TETAPI

* Alihkan dengan berhati-hati sekiranya keadaan kenderaan tidak selamat. Ambil perhatian sebarang patah, terutama patah leher dan tulang belakang kerana cara alihan yang salah boleh burukkan keadaan. Perhatikan sebarang kebocoran minyak dan pastikan tiada yang merokok di tempat kemalangan.

* Berlaku pendarahan yang serius. Ambil langkah untuk menghentikan pendarahan dan segera bawa ke hospital.

* Keadaan atau tempat yang tidak membolehkan ambulan untuk sampai dengan cepat. Setiap saat adalah nyawa bagi yang tercedera. 10 minit adalah lambat.

* Sekiranya rasa ragu keadaan mereka yang cedera atau dalam membuat keputusan, bawa mereka yang cedera, segera ke hospital.

- Alihkan kenderaan sekiranya tiada berlaku kecederaan. Alihkan kenderaan ke tempat yang selamat dan tidak mengganggu lalu lintas, sekiranya boleh.

- Ambil perhatian keadaan kenderaan dan kedudukan kenderaan sebelum ia dialihkan. Cuba lakarkan kawasan kemalangan, kedudukan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan, ambil gambar persekitaran, keadaan kenderaan dan sebarang kesan kemalangan di atas jalan raya atau sekitarnya.

Notakan masa dan tarikh kemalangan, nama jalan dan kilometer yang ke berapa kemalangan berlaku. Catatkan nama tempat, bandar atau kampung yang berdekatan.

- Dapatkan maklumat pemandu kenderaan lain yang terlibat seperti nama, no kad pengenalan dan alamat. Jangan lupa nombor telepon hubungan.

- Catatkan jenis kenderaan, model, warna kenderaan dan nombor plat kenderaan.

- Dapatkan maklumat saksi, seperti penumpang kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.

- Bertukar-tukar maklumat mengenai insuran atau takaful. Jangan bincangkan salah siapa, biarkan polis dan syarikat insuran dan takaful menjalankan siasatan.

- Pastikan kenderaan dihantar kepada bengkel yang diiktirafkan oleh syarikat takaful atau insuran anda. Telepon mereka untuk mendapatkan maklumat tentangnya.

- Laporkan kemalangan kepada polis dengan segera.

- Laporkan kemalangan kepada syarikat Insuran dan Takaful anda walaupun anda tidak mahu membuat tuntutan. Pihak lain yang terlibat dalam kemalangan mungkin membuat tuntutan terhadap insuran atau takaful anda. Anda perlu pastikan apa yang dituntut atau anda boeh kehilangan NCD.

Lagi maklumat di http://www.insuranceinfo.com.my/

Berhati-hati di jalan raya, pandu dengan sabar dan hikmah. Pastikan anda rehat dan tidur yang cukup. Anda sebagai penumpang perlu memastikan pemandu kenderaan dalam keadaan cukup rehat. Anda sebagai kawan, sahabat, ahli keluarga sila pastikan penunggang motosikal mematuhi langkah keselamatan.

Laman Rujukan :-

http://www.panducermat.org.my/

Jom kita capai sifar kemalangan.

Artikel Sebelum ini :

Berjimat Sempena Raya
http://www.wanita.us/jimatraya.php

Jimat Minyak Petrol
http://www.wanita.us/jimat-minyak-petrol.php

Berjimat Dengan Menjaga Kesihatan
http://www.wanita.us/jimat-sihat.php

Lain-lain Tips dan artikel
http://tipswanitasihat.blogspot.com/

Sidang Pengarang Wanita Dot Us
http://www.wanita.us/tipswanita.php

19OKT2006

--- Iklan

Dapatkan Kad Raya Dan Depavali di
http://www.wanita.us/ecard.php

Duit Adsense semua boleh lakukan
http://www.wanita.us/adsense.php

Thursday, October 05, 2006

Tiroid kerap serang wanita

Oleh Hafizah Iszahanid

Kehilangan berat badan, sukar tidur malam, jantung berdebar kencang, mudah marah serta sensitif tiada kaitan dengan tekanan


JIKA berat badan berkurangan walaupun pengambilan makanan tidak berkurang tentu menimbulkan kebimbangan. Apatah lagi kehilangan berat badan berserta dengan kesukaran tidur malam, jantung berdebar kencang, mudah marah dan emosi yang sensitif.

Kebanyakan mereka yang berhadapan simptom ini akan mengaitkannya dengan cuaca, tekanan di tempat kerja, tekanan dalam perhubungan dan pelbagai lagi.

Sebenarnya, tanpa anda sedar semua simptom itu adalah petanda masalah tiroid yang dikenali sebagai hyperthyroidism - penghasilan hormon tiroid yang berlebihan.

Hyperthyroidism bukanlah satu-satunya masalah yang membabitkan tiroid. Biasanya tiroid dibahagikan kepada tiga lagi kategori, hypothyroidism (penghasilan hormon tiroid yang sedikit), penyakit tiroid bukan barah (benign) dan barah tiroid.

Pakar Perunding Perubatan dan Endocrinologi, Hospital Pusrawi Sdn Bhd, Dr Mazidah Mohd Zin, berkata kelenjar tiroid menghasilkan hormon tiroid. Dua hormon penting adalah tetraiodothyronine (thyroxine atau T4) dan triiodothyronine (T3). Hormon ini penting untuk kehidupan dan ia mempengaruhi metabolisme tubuh, pertumbuhan dan pembesaran.

“Penyakit tiroid terjadi apabila kelenjar tiroid tidak membekalkan jumlah hormon yang diperlukan tubuh. Jika tiroid terlalu aktif, ia akan membebaskan terlalu banyak hormon tiroid ke dalam salur darah menyebabkan terjadinya hyperthyroidism. Ia akan menyebabkan badan menggunakan tenaga lebih banyak dari yang sepatutnya dan aktiviti kimia (metabolisme) dalam sel bertambah laju,” katanya.

Tiroid yang tidak aktif akan menghasilkan hormon tiroid yang sedikit menyebabkan terjadinya hypothyroidism. Apabila sejumlah hormon dibebaskan dalam salur darah di bawah paras normal, badan menggunakan tenaga lebih perlahan dan sel metabolisme akan menurun.

Menurut Yayasan Tiroid Canada, kira-kira 200 juta penduduk dunia berhadapan penyakit tiroid. Penyakit tiroid dalam beberapa keadaan boleh dirawat tetapi penyakit tiroid yang tidak dirawat boleh mendatangkan masalah kesihatan yang serius kepada bahagian tubuh yang lain.

Penyakit tiroid lebih cenderung menyerang wanita. Malah ia juga adalah masalah endocrinologi yang kedua kerap ditemui ketika hamil. Dianggarkan ia terjadi pada 0.2 peratus kehamilan.

Satu lagi penyakit tiroid yang biasa menyerang dikenali sebagai ‘Goiter’ atau beguk. Beguk boleh dilihat dalam kes membabitkan hyperthyroidism yang memperlihatkan tiroid membesarkan disebabkan stimulasi kelenjar oleh sistem imun yang pelbagai fungsi. Dalam kes membabitkan hypothyroidism, ia membesarkan sebagai cubaan bahagian badan untuk menghasilkan hormon mencukupi bagi mengganti kerosakan yang disebabkan penyakit ini.

Nodules (nodul atau bintil) satu lagi masalah kesihatan yang dikaitkan dengan penyakit tiroid. Ia membabitkan satu bahagian yang membengkak atau benjol. Biasa terjadi pada wanita yang berusia. Nodul tiroid ini kebanyakannya bersifat bukan barah (benign) tetapi sebahagiannya barah.

Penyakit tiroid lebih kerap menyerang wanita muda dan dalam lingkungan usia pertengahan. Alasan yang menyebabkan kecenderungan ini sangat kompleks dan tidak difahami sepenuhnya. Begitupun, dipercayai estrogen berperanan dalam membangunkan sifat auto imun kepada tiroid secara umumnya.

Gejala Hypothyroidism

# Denyutan jantung yang perlahan

# Otot yang lemah dan kerap pening

# Sensitif pada cuaca sejuk

# Proses mental yang perlahan dan daya ingatan yang kurang

# Sembelit

# Beguk


Info beguk dan tirod

# Kelenjar tiroid terletak di pangkal leher pada kedua bahagian bawah tengkorok (larynx) dan bahagian bawah trakea (batang tengkorok). Kelenjar ini menghasilkan hormon tiroid sebagai tindak balas stimulasi hormon dari kelenjar pituitari (kelenjar yang terletak di pangkal otak, mempengaruhi fungsi dan pertumbuhan badan).Hormon tiroid bertindak di seluruh tubuh untuk menstabilkan metabolisme bukan saja pada manusia tetapi juga haiwan.

# Beguk dan penyakit tiroid yang lain kadang kala terjadi disebabkan iodin yang sedikit dalam diet. Ketika zaman Greek purba, makanan laut yang kaya iodin dimakan sebagai mengubati masalah kelenjar tiroid yang membengkak. Pada 1811, ahli kimia Perancis, Courtois mengenal pasti iodin yang kemudiannya digunakan dalam merawat masalah tiroid pada 1821.

# Pada 1922, Suruhanjaya Beguk Swiss memperkenalkan program pertama menambah iodin dalam garam untuk mencegah beguk di Switzerland.

Tuesday, October 03, 2006

Dealova - Kau Selalu Ada

Dealova - Kau Selalu Ada

Cantik sungguh bait-bait lirik lagu Dealova nyanyian kumpulan Dewa. "Kau selalu ada" menjadi kutipan tulisan saya kali ini. Bertapa ertinya ungkapan ini sehinggakan Siti Nurhaliza nyanyikan semula lagu ini untuk suaminya. Datok K.

Bertapanya kita perlu ada untuk insan yang kita sayang pada waktu senang dan susah. Waktu senang dan ketawa kita menjadi sahabat yang menemankan insan yang kita cinta dan sayangi dan pada waktu sedih dan menangis kita turut sedih dan menangis malah menjadi bahu untuk disandarkan.

"Kau selalu ada", perlulah dipandang dalam pelbagai pengertian.

"Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu".

Biarlah kita selalu ada walaupun dalam mimpi dengan meninggalkan kenangan terindah setiap hari. Kenangan terindah akan membuat insan yang kita sayang akan merasa diri kita selalu ada disisinya. Biarlah mimpi indah dirinya adalah milik kita kerana "Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu".

Bacalah "Kenangan Terindah" di
http://tipswanitasihat.blogspot.com/2006/08/kenangan-terindah-ciptakan-ia-setiap.html

Walaupun adanya kita hanya dalam bentuk panggilan atau dalam bentuk usaha dan nasihat yang berguna ia akan menjadi kekuatan dalam langkah perjalanan hidup insan yang kita sayang dan cinta, dalam senang dan susah. "Kerna langkah merapuh tanpa dirimu".

Walau kita mahu insan yang kita sayang dan cinta sentiasa ada. Namun kita juga perlu redha dalam keadaan tertentu insan yang kita sayang, cinta dan rindu, tidak boleh dekat selalu dengan kita. Fikirlah sesuatu agar dia sentiasa merasakan yang "Ku selalu ada" dalam dirinya.

Tunjukan sikap baik dan romantik kita terhadapnya. Kemesraan yang berpanjangan, senyum yang tidak pernah lekang. Agar apabila insan yang kita sayang dan cinta berjauhan akan sentiasa merasakan sentuhan kemesraan kita. "Aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh". Biarlah berjauhkan kita merasakan sentuhan kemesraan dan kebaikan itu menjadi penemannya. Ingat sebuah iklan di TV "Tiap Hari Sayang"

http://tipswanitasihat.blogspot.com/2006/09/tiap-hari-sayang.html

Dengan insan yang kita sayang dan cinta. Kita selalu rasa tenang dan masalah yang dihadapi umpama hilang bebannya. Jika perlu berjauhan, sentiasa ingat perkara apa yang ada pada insan yang kita sayang, cinta dan rindu yang membuat kita tenang. Jika wajahnya, simpanlah gambarnya dimana pun kita berada. Jika suaranya, rakam atau selalu telepon dirinya. Namun sebenarnya perkara yang terbaik adalah apabila kita sentiasa memberikan galakan, nasihat positif, sokongan dan sentiasa ada untuk diri masing-masing. Kedua-dua pihak perlu memainkan peranan.

"Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang tanpa dirimu aku merasa hilang dan sepi"

Dan akhirnya, Jadilah "Seperti udara yang ku helah". Walau jauh daripada diri masing-masing, namun dengan memberikan galakan, nasihat positif, sokongan dan sentiasa ada, maka umpama lirik lagu Delova ini.

"Kau selalu ada"

Tiap Hari Sayang.

Hafija

Sidang Pengarang Wanita Dot Us
http://www.wanita.us/tipswanita.php

Online Kad Raya Ramadhan
http://www.wanita.us/ecard.php

Wang Ringgit untuk Blogger
http://www.wanita.us/adsense.php

Cari Jodoh Di Internet
http://dating.wanita.us/carijodoh.php

Jom Berkawan