Promotion By Adverlets And Adbrite


Dating In Malaysia

Dating In Malaysia
Dating In Malaysia

Cybermoney2u Blog

Cybermoney2u Blog
Cybermoney2u Blog

Thursday, October 19, 2006

Berhati-hati Di Jalan Raya

Berhati-hati Di Jalan Raya

Artikel ini di Internet : http://www.wanita.us/hatidijalan.php

Daripada 6,188 kemalangan maut di jalan raya sepanjang tahun 2005.

57.9% melibatkan motosikal
20% adalah pemandu kenderaan
9.7% adalah penjalan kaki
dan 3.6% melibatkan basikal.

Maklumat : Polis DiRaja Malaysia

Dengan perkembangan terbaru, had laju kebangsaan bagi jalan-jalan persekutuan diturunkan sehingga 80KM sejam pada musim perayaan, maka langkah drastik ini diharapkan dapat menurunkan kemalangan maut sepanjang musim perayaan.

Berdasarkan statistik didapati kemalangan melibatkan motosikal adalah terlalu tinggi. Langkah-langkah perlu diambil oleh penunggang motosikal.

- Pastikan kenderaan diperiksa sebelum memulakan perjalanan. Brek perlu makan. Tukarkan pad brek sekarang. Hanya kerana mahu berjimat atau bersikap nanti dahulu, nyawa boleh melayang. Rantai motosikal juga perlu ditukarkan dengan yang baru. Lampu depan dan belakang pastikan berfungsi.

- Gunakan topi keledar yang diluluskan oleh SIRIM dan JPJ. Topi tutup penuh lebih menjaminkan dimana ia mampu menahan hentakan kuat kepada kepala akibat terjatuh daripada motosikal. Kemaskan dan ketatkan agar ia tidak mudah tertanggal.

Perlindungan kepala adalah faktor penting bagi menentukan hidup dan mati. Kemungkinan kepala akan terhentak sewaktu jatuh daripada motosikal adalah tinggi berbanding dengan kenderaan lain. Banyak kematian adalah kerana kecederaan di kepala dan ia boleh dikurangkan hanya dengan mengetatkan ikatan topi keledar. Fikirkanlah.

- Gunakan pelindungan muka yang cerah dan ia sentiasa dibersihkan. Gangguan habuk pada mata sering mengganggu tumpuan pemanduan.

- Pakai pakaian yang sesuai dan memakai jaket adalah digalakkan. Jika dapat gunakan jaket kulit. Jaket dapat melindungi badan daripada serpihan batu atau terbangan lain. Dapatkan jaket yang cerah dan mudah dilihat daripada jauh. Memakai baju keselamatan kuning atau oren adalah digalakan.

Dengan perjalanan jauh balik raya, lebihkan belanja membeli jaket keselamatan.

- Pakai kasut yang menutup seluruh kaki. Pakai kasut yang tebal tapaknya dan berstokin. Kemaskan ikatan supaya kasut tidak mudah tertanggal. Cara dan bagaimana kaki membantu mengimbangkan badan bergantung kepada kasut yang bersesuaian.

Kecederaan pada tapak kaki dapat dielakkan sekiranya memakai kasut yang sesuai dan tebal kerana dalam keadaan untuk mengimbangkan badan kaki memainkan peranan. Selipar atau capal hanya lagi menyusahkan dan boleh menjadi punca kemalangan atau kecederaan yang lagi serius.

- Gunakan sarung tangan. Ia banyak membantu mengurangkan kebas dan kesakitan tangan sewaktu perjalanan jauh. Berhenti untuk senaman ringan untuk hilangkan kebas dan sakit-sakit badan.

- Memakai lapik lutut dan siku adalah digalakkan bagi mengurangkan kecederaan pada bahagian tersebut sekiranya terjatuh.

- Mengantuk dan keletihan merupakan satu lagi punca kemalangan. Kita boleh terlelap walaupun kita berusaha untuk bertahan dan menahan mengantuk. Inilah antara punca berlaku kenderaan terbabas. REHAT. Sekali lagi. REHAT. Cukupkan sekurangnya 4 jam tidur yang lena. Dekat macam mana perjalanan anda atau cepat macam mana mahu dituju perjalanan, rehat adalah penting.

Jika sewaktu perjalanan rasa mengantuk atau menguap, cepat-cepatlah cari tempat berhenti dan lelapkan sekejap mata. Jangan bertangguh atau mungkin anda akan lelap selamanya.

_________________

Pemandu Kenderaan
_________________

Kepada kenderaan lain, kerja sama untuk memastikan keselamatan penunggang motosikal di jalan raya adalah tanggung jawab bersama. Jika anda mahu orang lain berhati-hati di jalan raya maka ia sepatutnya bermula dari anda.

- Cukup rehat adalah perkara paling utama. Dengan rehat dan tidur yang cukup membolehkan keputusan dibuat dengan baik. Badan yang letih dan mengantuk, hanya emosi yang membuat keputusan. Seperti mana apa yang ditulis diatas ia juga turut merangkumi pemandu kenderaan.

Cukupkan tidur sekurangnya 4 jam. Tidur dengan lena dan tanpa gangguan. Sekiranya dalam perjalanan menguap dan mengantuk. Berhenti dan lelapkan mata. Lelap sekejap sudah boleh hilangkan rasa mengantuk. Bila badan dan otak minta rehat, bagi ia rehat. Jangan jadikan Hari Raya satu hari tangisan buat keluarga tersayang.

- Rancang perjalanan anda. Dengan kesesakan yang berlaku di jalan raya, pengetahuan tentang jalan yang sesuai adalah penting. Pastikan anda tahu dimana kawasan rehat dan rawat, dimana hendak isikan minyak, dimana tempat makan yang sesuai, hospital dan yang paling penting tandas.

- Pastikan perkara yang boleh mengganggu diselesaikan. Jika lapar, makan. Sahur perlu jika perjalanan siang sewaktu bulan Ramadhan. Buang air dahulu, kosongkan pundi kencing atau perut. Kesesakan boleh melambat perjalanan ke tandas dan ini menambahkan lagi stres. Anda perlu kurangkan stres.

- Pastikan kenderaan diperiksa. Minyak hitam ditukar. Air pada radiator ditukar dan ditambah pada tahap yang disyorkan. Bateri kenderaan sekiranya lebih setahun sepatutnya ditukar. Jangan tunggu sehingga kenderaan bateri akhir hayat, baru hendak tukar. Sekiranya ini berlaku, Ia bukan setakat mengganggu perjalanan malah anda boleh menghadapi bayaran yang mahal.

Isikan tangki minyak penuh bermula awal perjalanan lagi.

- Pakai tali pinggang kerana ia boleh menyelamatkan nyawa anda. Galakkan penumpang memakai tali pinggang. Pastikan anak-anak kecil duduk dalam kerusi keselamatan khas. Buat sesuatu agar anak-anak kecil boleh duduk dalam kerusi keselamatan, lekakan dengan permainan atau pastikan perkara penting mereka tidak tertinggal (contohnya bantal busuk dan puting).

- Pastikan keselamatan kenderaan sewaktu berhenti dan meninggalkannya. Kunci dan jangan tinggalkan barang-barang berharga di dalam kereta.

- Semua pemandu kenderaan sepatutnya tahu cara-cara pertolongan kecemasan dan menyimpan peti perubatan dalam kenderaan. Ambil perhatian bagaimana untuk menghadapi kecederaan serius seperti patah terutama patah tengkuk dan tulang belakang. Belajar tanda-tandanya.

- pastikan telepon bimbit boleh berfungsi. Bateri telah dicas.

- Jangan pasang lampu tinggi sekiranya ada kenderaan datang daripada berlawanan arah. Ia mengganggu dan memang ada yang akan menyumpah anda. Biarlah kita sentiasa didoakan dengan perkataan yang baik.

- Pastikan kenderaan di pandu dalam had laju yang dibenarkan. Miskipun anda tidak nampak polis namun peralatan perangkap laju sekarang adalah canggih. Dalam keadaan malam dan siang ia mampu untuk mengambil gambar dan kelajuan kenderaan anda.

- Sekiranya hujan lebat atau kabus tebal, perlahankan kenderaan dan nyalakan lampu depan tetapi JANGAN nyalakan lampu kecemasan. Ia hanya mengelirukan pemandu yang lain. Adalah penting untuk perlahankan kenderaan. Tayar berkesan pada tahap yang berbeza pada keadaan cuaca yang berbeza. Basah dan lembab mengurangkan kesan cengkaman.

- Jarakkan kenderaan dan amalkan kiraan dua saat. Tindakan menekan brek, Tindak balas otak daripada mata sehinggalah arahan kepada kaki menekan brek mengambil masa 18 milisaat (lebih 1 saat). Kenderaan sudah berlanggar sewaktu brek baru ditekan sekiranya jarak dua saat tidak diamalkan.

- dan tolong jangan ambil ruang dua saat kenderaan orang lain. Ini hanya timbul rasa marah dan meninggalkan kesan tiada siapa yang mahu amalkan jarak dua saat kerana sikap pemandu yang ambil ruang jarak ini.

- Gunakan cermin untuk melihat kenderaan lain di belakang dan berikan lampu isyarat awal (sekurang lebih daripada lima saat) sewaktu menukar haluan atau kedudukan kenderaan.

____________________________

Sekiranya kemalangan berlaku
____________________________


- Jangan panik dan cuba tenangkan diri dan mereka yang berada di dalam kenderaan anda.

- Matikan enjin kenderaan dan pastikan kenderaan selamat. Sekiranya ada kebocoran minyak dengan segera tinggalkan kenderaan.

Pastikan anda dan penumpang menunggu di belakang penghadang jalan, bawa dokumen atau barang berharga sekali, sekiranya boleh. Pastikan penumpang semua cukup tiada yang tertinggal di dalam kenderaan. Bagitahu orang ramai sekiranya ada yang tertinggal untuk membolehkan orang ramai memberikan bantuan.

- Sekiranya ada kecederaan dengan segera telepon 999 untuk mendapatkan bantuan. Sekiranya anda berada di atas lebuh raya bertol, dapatkan nombor telepon perkhidmatan ronda dan turut telepon mereka untuk bantuan.

Telepon juga keluarga atau orang lain untuk mendapatkan nasihat dan bantuan. Dalam keadaan panik, kita mudah terkeliru dan rasa tidak boleh berbuat apa-apa.

Periksa diri dan penumpang untuk sebarang kecederaan terutama kecederaan dalaman. Pastikan tiada bengkak-bengkak pada badan, berdarah hidung atau telinga. Mungkin anda cedera kecil namun tidak salah ambil langkah berjaga-jaga. Baring atau duduk dan rehat.

Sekali lagi Pastikan kenderaan dan keadaan sekeliling selamat. Jangan alihkan mereka yang mengalami kecederaan berat dan serius. Sila tunggu mereka yang berkelayakan dalam perubatan untuk berbuat sesuatu. Pastikan mereka yang cedera dalam keadaan selesa dan selamat. TETAPI

* Alihkan dengan berhati-hati sekiranya keadaan kenderaan tidak selamat. Ambil perhatian sebarang patah, terutama patah leher dan tulang belakang kerana cara alihan yang salah boleh burukkan keadaan. Perhatikan sebarang kebocoran minyak dan pastikan tiada yang merokok di tempat kemalangan.

* Berlaku pendarahan yang serius. Ambil langkah untuk menghentikan pendarahan dan segera bawa ke hospital.

* Keadaan atau tempat yang tidak membolehkan ambulan untuk sampai dengan cepat. Setiap saat adalah nyawa bagi yang tercedera. 10 minit adalah lambat.

* Sekiranya rasa ragu keadaan mereka yang cedera atau dalam membuat keputusan, bawa mereka yang cedera, segera ke hospital.

- Alihkan kenderaan sekiranya tiada berlaku kecederaan. Alihkan kenderaan ke tempat yang selamat dan tidak mengganggu lalu lintas, sekiranya boleh.

- Ambil perhatian keadaan kenderaan dan kedudukan kenderaan sebelum ia dialihkan. Cuba lakarkan kawasan kemalangan, kedudukan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan, ambil gambar persekitaran, keadaan kenderaan dan sebarang kesan kemalangan di atas jalan raya atau sekitarnya.

Notakan masa dan tarikh kemalangan, nama jalan dan kilometer yang ke berapa kemalangan berlaku. Catatkan nama tempat, bandar atau kampung yang berdekatan.

- Dapatkan maklumat pemandu kenderaan lain yang terlibat seperti nama, no kad pengenalan dan alamat. Jangan lupa nombor telepon hubungan.

- Catatkan jenis kenderaan, model, warna kenderaan dan nombor plat kenderaan.

- Dapatkan maklumat saksi, seperti penumpang kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.

- Bertukar-tukar maklumat mengenai insuran atau takaful. Jangan bincangkan salah siapa, biarkan polis dan syarikat insuran dan takaful menjalankan siasatan.

- Pastikan kenderaan dihantar kepada bengkel yang diiktirafkan oleh syarikat takaful atau insuran anda. Telepon mereka untuk mendapatkan maklumat tentangnya.

- Laporkan kemalangan kepada polis dengan segera.

- Laporkan kemalangan kepada syarikat Insuran dan Takaful anda walaupun anda tidak mahu membuat tuntutan. Pihak lain yang terlibat dalam kemalangan mungkin membuat tuntutan terhadap insuran atau takaful anda. Anda perlu pastikan apa yang dituntut atau anda boeh kehilangan NCD.

Lagi maklumat di http://www.insuranceinfo.com.my/

Berhati-hati di jalan raya, pandu dengan sabar dan hikmah. Pastikan anda rehat dan tidur yang cukup. Anda sebagai penumpang perlu memastikan pemandu kenderaan dalam keadaan cukup rehat. Anda sebagai kawan, sahabat, ahli keluarga sila pastikan penunggang motosikal mematuhi langkah keselamatan.

Laman Rujukan :-

http://www.panducermat.org.my/

Jom kita capai sifar kemalangan.

Artikel Sebelum ini :

Berjimat Sempena Raya
http://www.wanita.us/jimatraya.php

Jimat Minyak Petrol
http://www.wanita.us/jimat-minyak-petrol.php

Berjimat Dengan Menjaga Kesihatan
http://www.wanita.us/jimat-sihat.php

Lain-lain Tips dan artikel
http://tipswanitasihat.blogspot.com/

Sidang Pengarang Wanita Dot Us
http://www.wanita.us/tipswanita.php

19OKT2006

--- Iklan

Dapatkan Kad Raya Dan Depavali di
http://www.wanita.us/ecard.php

Duit Adsense semua boleh lakukan
http://www.wanita.us/adsense.php

No comments:

Jom Berkawan