Promotion By Adverlets And Adbrite


Dating In Malaysia

Dating In Malaysia
Dating In Malaysia

Cybermoney2u Blog

Cybermoney2u Blog
Cybermoney2u Blog

Thursday, October 05, 2006

Tiroid kerap serang wanita

Oleh Hafizah Iszahanid

Kehilangan berat badan, sukar tidur malam, jantung berdebar kencang, mudah marah serta sensitif tiada kaitan dengan tekanan


JIKA berat badan berkurangan walaupun pengambilan makanan tidak berkurang tentu menimbulkan kebimbangan. Apatah lagi kehilangan berat badan berserta dengan kesukaran tidur malam, jantung berdebar kencang, mudah marah dan emosi yang sensitif.

Kebanyakan mereka yang berhadapan simptom ini akan mengaitkannya dengan cuaca, tekanan di tempat kerja, tekanan dalam perhubungan dan pelbagai lagi.

Sebenarnya, tanpa anda sedar semua simptom itu adalah petanda masalah tiroid yang dikenali sebagai hyperthyroidism - penghasilan hormon tiroid yang berlebihan.

Hyperthyroidism bukanlah satu-satunya masalah yang membabitkan tiroid. Biasanya tiroid dibahagikan kepada tiga lagi kategori, hypothyroidism (penghasilan hormon tiroid yang sedikit), penyakit tiroid bukan barah (benign) dan barah tiroid.

Pakar Perunding Perubatan dan Endocrinologi, Hospital Pusrawi Sdn Bhd, Dr Mazidah Mohd Zin, berkata kelenjar tiroid menghasilkan hormon tiroid. Dua hormon penting adalah tetraiodothyronine (thyroxine atau T4) dan triiodothyronine (T3). Hormon ini penting untuk kehidupan dan ia mempengaruhi metabolisme tubuh, pertumbuhan dan pembesaran.

“Penyakit tiroid terjadi apabila kelenjar tiroid tidak membekalkan jumlah hormon yang diperlukan tubuh. Jika tiroid terlalu aktif, ia akan membebaskan terlalu banyak hormon tiroid ke dalam salur darah menyebabkan terjadinya hyperthyroidism. Ia akan menyebabkan badan menggunakan tenaga lebih banyak dari yang sepatutnya dan aktiviti kimia (metabolisme) dalam sel bertambah laju,” katanya.

Tiroid yang tidak aktif akan menghasilkan hormon tiroid yang sedikit menyebabkan terjadinya hypothyroidism. Apabila sejumlah hormon dibebaskan dalam salur darah di bawah paras normal, badan menggunakan tenaga lebih perlahan dan sel metabolisme akan menurun.

Menurut Yayasan Tiroid Canada, kira-kira 200 juta penduduk dunia berhadapan penyakit tiroid. Penyakit tiroid dalam beberapa keadaan boleh dirawat tetapi penyakit tiroid yang tidak dirawat boleh mendatangkan masalah kesihatan yang serius kepada bahagian tubuh yang lain.

Penyakit tiroid lebih cenderung menyerang wanita. Malah ia juga adalah masalah endocrinologi yang kedua kerap ditemui ketika hamil. Dianggarkan ia terjadi pada 0.2 peratus kehamilan.

Satu lagi penyakit tiroid yang biasa menyerang dikenali sebagai ‘Goiter’ atau beguk. Beguk boleh dilihat dalam kes membabitkan hyperthyroidism yang memperlihatkan tiroid membesarkan disebabkan stimulasi kelenjar oleh sistem imun yang pelbagai fungsi. Dalam kes membabitkan hypothyroidism, ia membesarkan sebagai cubaan bahagian badan untuk menghasilkan hormon mencukupi bagi mengganti kerosakan yang disebabkan penyakit ini.

Nodules (nodul atau bintil) satu lagi masalah kesihatan yang dikaitkan dengan penyakit tiroid. Ia membabitkan satu bahagian yang membengkak atau benjol. Biasa terjadi pada wanita yang berusia. Nodul tiroid ini kebanyakannya bersifat bukan barah (benign) tetapi sebahagiannya barah.

Penyakit tiroid lebih kerap menyerang wanita muda dan dalam lingkungan usia pertengahan. Alasan yang menyebabkan kecenderungan ini sangat kompleks dan tidak difahami sepenuhnya. Begitupun, dipercayai estrogen berperanan dalam membangunkan sifat auto imun kepada tiroid secara umumnya.

Gejala Hypothyroidism

# Denyutan jantung yang perlahan

# Otot yang lemah dan kerap pening

# Sensitif pada cuaca sejuk

# Proses mental yang perlahan dan daya ingatan yang kurang

# Sembelit

# Beguk


Info beguk dan tirod

# Kelenjar tiroid terletak di pangkal leher pada kedua bahagian bawah tengkorok (larynx) dan bahagian bawah trakea (batang tengkorok). Kelenjar ini menghasilkan hormon tiroid sebagai tindak balas stimulasi hormon dari kelenjar pituitari (kelenjar yang terletak di pangkal otak, mempengaruhi fungsi dan pertumbuhan badan).Hormon tiroid bertindak di seluruh tubuh untuk menstabilkan metabolisme bukan saja pada manusia tetapi juga haiwan.

# Beguk dan penyakit tiroid yang lain kadang kala terjadi disebabkan iodin yang sedikit dalam diet. Ketika zaman Greek purba, makanan laut yang kaya iodin dimakan sebagai mengubati masalah kelenjar tiroid yang membengkak. Pada 1811, ahli kimia Perancis, Courtois mengenal pasti iodin yang kemudiannya digunakan dalam merawat masalah tiroid pada 1821.

# Pada 1922, Suruhanjaya Beguk Swiss memperkenalkan program pertama menambah iodin dalam garam untuk mencegah beguk di Switzerland.

No comments:

Jom Berkawan