Promotion By Adverlets And Adbrite


Dating In Malaysia

Dating In Malaysia
Dating In Malaysia

Cybermoney2u Blog

Cybermoney2u Blog
Cybermoney2u Blog

Monday, February 26, 2007

Dimalukan Dengan Gambar Lucah Sendiri Di Internet

Dimalukan Dengan Gambar Lucah Sendiri Di Internet

Wanita bacalah.

Sebuah video hubungan seks dalam format MOV, 3GP atau MP4 apabila diletakkan dalam sebuah forum seks melayu dengan mudah dan akan dimuat turun oleh beribu-ribu pelawat sehari. Begitulah banyak gambar perempuan melayu bogel di Internet sehinggakan pencarian perkataan melayu bogel itu adalah tinggi.

Sebelum itu, fahami teknologi yang serba mudah dan canggih ini dahulu, yang membolehkan gambar bogel dan gambar lucah disebarkan dengan mudah di Internet. Ketahui teknologi rakaman video wanita intim dan peribadi dengan mudah dikongsikan oleh ramai orang.

Akibatnya wujudlah pelbagai forum diskusi seks seperti MelayuBoleh dan MelayuBogel.

Dengan kemajuan teknologi, telepon bimbit kini mempunyai teknologi kamera dan rakaman video. Pada rakaman dengan mutu 3.2 Megapixels, ia merupakan rakaman yang paling baik, yang jelas dan bermutu tinggi bagi tayangan di Internet, wajah seseorang jelas dirakam. Rakaman pula akan terus disimpan dalam format yang mudah untuk dikongsikan di Internet seperti MP4 dan 3GP.

Teknologi terdahulu pada 1.3Mpx atau 2Mpx turut mampu merakam gambar dengan baik walaupun dalam frame yang kecil.

Fail dalam format 3GP dan MP4 adalah menggunakan format yang boleh mengekalkan mutu gambar dan dalam saiz fail yang kecil. Dengan saiz fail yang kecil ia lebih mudah untuk disebarkan dalam email, dikongsikan dalam forum dan ruang sebaran lain seperti YouTube, Friendster dan pelbagai.

Ini tidak termasuk forum-forum khusus untuk sebaran gambar-gambar dan video lucah. Ada laman yang turut menyediakan kemudahan percuma untuk beban naik dan turun (upload and download) dengan percuma, khas untuk gambar bogel dan video lucah.

Pelbagai perisian tayangan video untuk Windows dan telepon bimbit, boleh tayangkan semula format-format ini. Malah kemajuan pengkongsian fail seperti Infra red, Bluetooth dan Wireless mempercepatkan lagi sebaran tanpa Internet antara telepon bimbit ke telepon bimbit. Ini tidak termasuk pengkongsian antara media yang mudah seperti ThumbDrive atau USB drive.

Ini tidak termasuk, perisian yang boleh menukarkan fail-fail gambar dan video kepada format-format yang lain. ada perisian yang boleh mengubah video dan gambar daripada memakai baju kepada berbogel.

Selain telepon bimbit, kamera digital, teknologi yang digunakan oleh telepon bimbit, mempunyai teknologinya lebih baik lagi. Dengan mutu gambar sehingga 12 Megapixels dan simpanan yang lebih besar dengan penggunaan "expension card" seperti MiniSD, XSD yang boleh mecapai sehingga ruang 4GB dan teknlogi semakin berkembang. Ini tidak termasuk sistem "optical zoom" dan "night vision" yang membolehkan rakaman jauh.

Anda juga perlu tahu kewujudan teknologi lensa lubang jarum dan kamera rakaman malam (night vision). Dengan lensa lubang jarum, dengam mudah lensa kamera disorokkan dan berada ditempat lain. Dengan kamera rakaman malam, dengan mudah dalam gelap, gambar dan video dirakam, walaupun tidak sejelas rakaman siang.

Wujudnya teknologi perkakas saiz kecil dan lensa lubang jarum, dengan mudah kamera ini disorokkan, dalam kotak, dalam almari, atas siling, belakang gambar, hujung katil, kepala katil dan dimana-mana sahaja asalkan ia tersorok. Dengan jangka hayat bateri yang panjang, ia boleh merakam berjam-jam aktiviti yang dilakukan.

Anda mungkin tertanya mengapa kisah teknologi dibangkit dahulu. Mengetahui teknologi yang memudahkan gambar dan video diambil, disimpan dan disebarkan tentu menyeronok tetapi tidak terdetik dalam hati sekiranya gambar-gambar dan video yang terlalu peribadi turut disebar dan disimpan oleh ramai orang?


Menakutkan?

Bagi wanita, rakaman peribadi mungkin dilakukan untuk menjaga hati pasangan. Rakaman video dan gambar waktu hubungan intim dan seks, mungkin diambil dengan rela, dengan andaian gambar-gambar dan video akan disimpan dengan selamat hanya untuk tontonan berdua sahaja.

Tidak terfikirkah, sekiranya hubungan menjadi tidak baik, terputus, cinta menjadi benci, apa yang dirakamkan akan mudah disebarkan dalam Internet atau dikongsikan diantara telepon bimbit.

Bagaimana pula, jika telepon bimbit hilang atau dicuri orang? Kemungkinan besar gambar-gambar dan video akan dijual dan disebarkan dalam Internet boleh berlaku. Malah simpanan dalam kamera dan media lain, yang mungkin dicuri orang.

Tidak ada cara mudah untuk menyimpan gambar-gambar dan video secara sembunyi dalam media simpanan. Ada ramai yang mahir mencari daripada yang tahu sembunyikan ia dengan selamat. Apabila peralatan dicuri risiko ini anda akan hadapi.

Risiko adalah tinggi untuk seorang wanita sekiranya gambar-gambar bogel dan video rakaman hubungan seks disebarkan. Tekanan emosi akibat dimalukan adalah tinggi dan ada berlaku kes bunuh diri.

Internet dan email di Malaysia boleh dikatakan diguna pakai oleh ramai orang. Seminggu dua atau mungkin dalam masa sehari, gambar-gambar dan video boleh sampai kepada rakan-rakan dan mereka yang mengenali. Ini adalah sungguh memalukan.

Tindakan undang-undang tidak mudah. Adalah sukar untuk menghalang sebaran di Internet kerana ia melibatkan banyak laman dan sebaran secara peribadi seperti melalui email atau antara telepon bimbit melalui BlueTooth. Ia umpama nasi sudah menjadi bubur.

Malah tindakan undang-undang adalah umpama pengumuman, sebuah publisiti tanpa rela, merancakkan lagi carian dan pengkongsian fail-fail gambar dan video. Sifat manusia yang ingin tahu, terutama bahan lucah, lagi meningkatkan lagi carian dan sebaran.

Pencegahan dan sikap berhati-hati adalah yang terbaik.

Katakan tidak. katakan Tidak, Katakan TIDAK. Bagaimana pun anda sayang, macam mana pun anda cinta, Katakan tidak kepada rakaman intim dan seksual. Walaupun dia adalah suami anda.

Anda kena beringat, cinta boleh jadi benci. Jangan ambil risiko. Bagi wanita Islam, anda boleh katakan tidak, kerana bahan lucah walaupun rakaman sendiri dan tontonan sendiri adalah dilarang sama sekali.

Untuk menjaga hati, anda boleh jadikan alasan teknologi yang mudahnya sebaran dan takut gambar-gambar dan video jatuh kepada orang lain akibat peralatan seperti kamera, media simpanan dan telepon bimbit dicuri.

Anda boleh menolak, jika masih pasangan anda masih berdegil. Ini melibatkan soal maruah.

Hubungan seks yang sebenar adalah hubungan intim dan puncak ikatan cinta. Ia hanya antara anda dan dia. Bukan untuk dikongsikan dengan orang lain. Malah ia sepatutnya menjadi ingatan dan kenangan hanya dalam fikiran, tanpa rakaman pada tempat-tempat lain. Barulah bermakna hubungan itu. It's just between you and me. Tanpa kamera dan tanpa dikongsikan dengan sesiapa walaupun antara kau dan aku.

Jika dia benar-benar cintakan anda, sepatutnya hubungan intim dan seksual adalah kenangan indah yang hanya disimpan dalam fikiran. Ingatkan ia dengan hanya bercerita berdua, berkongsi, suka dan tidak suka. Apa yang baik dan apa yang tidak sesuai. Ia hanya antara anda dan dia.

Jika anda merasa tidak selamat. Lakukanlah hubungan seks dalam gelap. Tidak salah sebenarnya sebab itu sepatutnya, cara ia dilakukan. Yang peribadi perlu sembunyi dan dalam gelap. Malah dalam adab Islam, ia sepatutnya dilakukan dengan cara berselimut, tanpa mendedahkan bahagian-bahagian sulit dan peribadi.

Akan tetapi, dalam keseronokan, selimut pun boleh terbang. Maka eloklah hubungan intim dilakukan dalam gelap.

Jika nasi sudah menjadi bubur, gambar-gambar dan video sudah tersebar. Perkara yang paling baik adalah mendapatkan nasihat dan kaunseling daripada badan sukarela wanita. Badan-badan sukarela wanita ini akan membantu anda menghadapi keadaan ini.

Sebaran sebegini boleh dianggap sebagai penderaan secara emosi. Sila dapatkan pertolongan, jangan hadapi ia keseorangan.

Sekiranya anda diugut, laporkan segera kepada pihak polis. Sama ada anda turut kehendak pengugut atau tidak, gambar-gambar dan video tetap akan disebar. Serahkan kes ugutan kepada polis.

http://www.rmp.gov.my/

Diantaranya badan-badan dan pihak yang anda boleh hubungi.

Bagi yang beragama Islam. Sila rujuk bahagian kauseling dan nasihat di pejabat-pejabat agama Islam di setiap daerah. Jika anda merasa malu, telepon dan dapatkan kaunselor.

http://www.wao.org.my/

"The Befrienders"
http://www.befrienders.org.my/

WAO Sexual Assault Helpline 03-7960 3030
All Action Women's Society (AWAM) 03-78774221 / 0224
TELEDERA 1-800-883040

---

Artikel Berkaitan

Cegah Jenayah Rogol
http://tipswanitasihat.blogspot.com/2006/09/cegah-jenayah-rogol.html

---

Artikel menarik yang lain

Kenapa Anda Perlukan Coklat
http://tipswanitasihat.blogspot.com/2007/02/kenapa-anda-perlukan-coklat.html

Perkara Yang Boleh Dibuat Untuk Hari Kekasih
http://tamanwangi.blogspot.com/2007/02/perkara-yang-boleh-dibuat-untuk-hari.html

Apa Yang Wanita Perlu Tahu Tentang Seks
http://tamanwangi.blogspot.com/2007/02/perkara-perkara-wanita-perlu-tahu.html

---

Jika anda mempunyai soalan-soalan khusus untuk ditanya sila emailkan kepada

tipswanita @ gmail.com

---

Sidang Pengarang Wanita Perempuan Melayu Info.
http://wanita.perempuanmelayu.info/tipswanita.php

23 Feb 2007

Untuk tidak ketinggalan artikel dan tips yang berilmu dan menarik

http://groups.google.com/group/tipswanita

Atau hantarkan email kosong kepada

[email protected]

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

---

This blog is written by Wanita Melayu to share information and knowledge about Wanita Melayu. Mos of the articles and tips are written in bahasa Melayu. If you like Wanita Melayu or want to share information with wanita melayu just visit all the links below.


http://tipswanitasihat.blogspot.com/
http://tamanwangi.blogspot.com/
http://tipswanita.blogspot.com/
http://jaringanmalaysia.blogspot.com/
http://productsweused.blogspot.com/
http://datingwanita.blogspot.com/

Love you all from Wanita Melayu.

No comments:

Jom Berkawan