Promotion By Adverlets And Adbrite


Dating In Malaysia

Dating In Malaysia
Dating In Malaysia

Cybermoney2u Blog

Cybermoney2u Blog
Cybermoney2u Blog

Monday, June 18, 2007

Tomato Sumber Anti Oksidant Yang Diperlukan

Tomato Sumber Anti Oksidant Yang Diperlukan

Lycopene adalah carotenoid yang boleh didapati didalam tomato dan
produk berasas tomato. Carotenoid adalah antioxidant yang penting.
Lycopene didapati adalah lebih efektif sebagai antioxidant berbanding
beta carotene dan alpha tocopherol. Wujudnya antioxidant adalah
penting sebagai perlindung sel-sel daripada tindakan oksidant oksigen.
Ia umpama cat pada besi supaya besi tidak berkarat.

Perenggan petikan daripada artikel "Membelai Buah Dada Wanita" di Blog
Tipswanita Sihat.

http://tipswanitasihat.blogspot.com/

Lycopene yang menyebabkan tomato berwarna merah, anti oksidant yang
terbukti mampu menawarkan radikal bebas yang merosakkan sel-sel badan.
Apabila ia dihadam, Lycopene akan dikumpulkan di organ tertentu dalam
badan diantaranya hati, paru-paru, pundi prostat, usus besar dan
kulit.

Kajian yang dibuat oleh penyelidik Universiti Harvard mendapati
menjadikan tomato sebahagian daripada diet, dapat mengurangkan risiko
kanser terhadap organ-organ tersebut terutama pundi prostat.
Penyelidik telah menyediakan dua hidangan tomato yang dimasak bagi
tujuan kajian. Kajian turut melibatkan lain-lain jenis sayuran tetapi
tiada yang memberikan keputusan sebaik tomato.

Tomato turut membekalkan 40 peratus daripada keperluan harian vitamin
C. Vitamin larut air yang kurang diambil oleh ramai orang disebabkan
oleh diet atau permakanan yang tidak seimbang. Vitamin C banyak
didapati dalam buah-buahan segar dan diet ini jarang dimasukkan sekali
dalam permakanan ramai individu. Kepentingan vitamin C adalah untuk
sistem pertahanan badan supaya berfungsi dengan baik.

Tomato adalah bersifat alkali. Satu keperluan dalam imbangan badan
akibat kerap pengambilan makanan bersifat berasid. Ia menyebabkan
wujud lebihan asid dalam bendalir badan yang mengakibatkan sakit
kepala, keletihan, susah tidur, sakit sendi, susah hadam, sakit-sakit
otot dan pelbagai.

Badan mempunyai kemampuan sendiri dalam mengimbangkan PH, asid dan
alkali melalui buah pinggang dan paru-paru. Pengambilan tomato dapat
membantu mewujudkan keseimbangan ini. Selain tomato, Alfafa, Chlorella
dan Spirulina adalah turut bersifat alkali.

Tomato adalah sayur-sayuran yang murah untuk dibeli dan mudah
didapati. Khasiat tomato dapat mengurang risiko kanser dan
meningkatkan kadar pengambilan vitamin C bagi menguatkan sistem
pertahanan badan. Ia boleh dimakan mentah atau disekalikan dalam
hidangan.

Utamakan pengambilan lima hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan
setiap hari untuk kesihatan dan langkah pengurangan risiko pelbagai
kanser. Satu hidangan hanya sebesar telapak tangan anda. Jadikan
tomato sebahagian daripadanya.

Seimbangkan permakanan. Kurangkan gula, kurangkan garam dan senamanlah
walaupun ringan tiga puluh minit sehari. Rehat sepuluh minit setiap
empat puluh minit berkerja untuk mengurangkan stres. Tidur cukup enam
ke lapan jam, waktu malam dan tidur sekejap waktu tengah hari untuk
kesegaran fikiran.

Jalani pemeriksaan doktor sekurang-kurangnya enam bulan sekali
walaupun anda rasa sihat dan tidak sakit.

Derma darah untuk sumbangan dan bakti anda kepada masyarakat.

---

Artikel menarik yang lain

Membelai Buah Dada Wanita
http://tipswanitasihat.blogspot.com/2007/03/membelai-buah-dada-wanita.html


Dimalukan Dengan Gambar Lucah Sendiri Di Internet
http://tipswanitasihat.blogspot.com/2007/02/dimalukan-dengan-gambar-lucah-sendiri.html


Beritahulah Tentang Kanser Pangkal Rahim

http://tipswanitasihat.blogspot.com/2006/12/beritahulah-kanser-pangkal-rahim.html

Perkara-perkara Wanita Perlu Tahu Tentang Seks
http://tamanwangi.blogspot.com/2007/02/perkara-perkara-wanita-perlu-tahu.html

Rangsangan Luar Faraj Dengan Lidah (cunnilingus)
http://tamanwangi.blogspot.com/2007/03/ransangan-luar-faraj-dengan-lidah.html

---

Jika anda mempunyai soalan-soalan khusus untuk ditanya sila emailkan kepada

tipswanita @ gmail DOT com

---

Sidang Pengarang Wanita Dot Us.
http://www.wanita.us/tipswanita.php

17Mar2007

Untuk tidak ketinggalan artikel dan tips yang berilmu dan menarik

http://groups.google.com/group/tipswanita

Atau hantarkan email kosong kepada

[email protected]

This work is licensed under the Creative Commons
Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a
copy of this license, visit
http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter
to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco,
California, 94105, USA.

---

This blog is written by Wanita Melayu to share information and
knowledge about Wanita Melayu. All articles and tips are written in
bahasa Melayu. If you like Wanita Melayu or want to share information
with wanita melayu just visit all the links below.

http://tipswanitasihat.blogspot.com/

http://tamanwangi.blogspot.com/

http://tipswanita.blogspot.com/

http://jaringanmalaysia.blogspot.com/

http://productsweused.blogspot.com/

http://dating.perempuanmelayu.info/

Love you all from Wanita Melayu.

http://tipswanitasihat.blogspot.com/2007/02/blog-wanita-melayu.html

Jom Berkawan