Promotion By Adverlets And Adbrite


Dating In Malaysia

Dating In Malaysia
Dating In Malaysia

Cybermoney2u Blog

Cybermoney2u Blog
Cybermoney2u Blog

Saturday, April 19, 2008

Kempen Makan Nasi Separuh

Kempen Makan Nasi Separuh

Kempen makan nasi separuh ini adalah bertujuan untuk mengurangkan permintaan terhadap beras. Ramai sedia maklum krisis makanan dunia melibatkan makanan utama seperti beras telah meningkatkan harga beras dipasaran.

Peningkatan jumlah penduduk tidak sejajar dengan penghasilan beras yang dijangkakan semakin merosot.

Harga yang meningkat menekan golongan berpendapatan rendah. Masalah kekurangan beras ini semakin meruncing dan menjadi krisis dunia.

Krisis makanan seperti beras dijangkakan berpanjangan sekiranya tiada langkah-langkah mengatasi masalah kekurangan beras ini dilakukan dengan segera. Ingin dinyatakan, langkah-langkah yang diambil akan mengambil masa untuk dirasai kesannya. Ianya perlu dilakukan oleh semua pihak. Sama ada dengan penambahan kawasan tanaman padi atau mengurangkan permintaan beras.

Sebagai rakyat Malaysia kita boleh membantu. Mengurangkan nasi kepada separuh pinggan merupakan langkah mudah yang semua orang boleh lakukan. Apabila permintaan berkurangan akan membolehkan beras kembali kepada harga asal yang mampu dibeli oleh ramai orang.

Mudah bukan, kurangkan nasi, kuranglah beras yang dimasak. Kuranglah permintaan.

Dari segi kesihatan mengurangkan jumlah kelori yang diambil, satu langkah kearah berat badan yang ideal. Semakin meningkat usia, kadar metabolisma, atau kadar pembakaran kelori semakin perlahan. Akibatnya kelori yang tidak dapat digunakan oleh badan akan disimpan sebagai lemak.

Jika pada usia muda, satu pinggan nasi tidak meningkatkan berat badan, namun dengan peningkatan usia, peningkatan berat badan akan semakin terasa.

Kempen ini bukan setakat untuk mengurangkan permintaan agar harga beras tetap rendah. Malah kempen ini adalah untuk mempromosi permakanan secara sihat.

Kurangkan makan nasi, kuranglah kalori yang diambil.

Kempen ini tidak akan tanpa kerjasama semua.

Tipswanita
http://blog.perempuanmelayu.info/

19 Apr 2008

Jom Berkawan