Promotion By Adverlets And Adbrite


Dating In Malaysia

Dating In Malaysia
Dating In Malaysia

Cybermoney2u Blog

Cybermoney2u Blog
Cybermoney2u Blog

Wednesday, December 03, 2008

Kempen Hijau Tipswanita

Kempen Hijau Tipswanita

Tahukah anda, pencemaran udara menyebabkan cuaca dunia semakin panas dan berubah secara mendadak. Perubahan yang drastik dalam cuaca dunia disebabkan oleh pencemaran yang pelbagai di udara sama ada dari pembakaran minyak untuk kenderaan atau daripada industri seperti pembakaran hutan dan kilang-kilang. Keadaan dan perubahan mendadak ini dipanggil kesan rumah hijau.

Lagi artikel tipswanita di

http://asia.groups.yahoo.com/group/tipswanita

atau hantarkan email kepada [email protected]

Perubahan yang mendadak daripada segi suhu dunia dan perubahan mendadak cuaca mengancam alam kehidupan seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Pengurangan kawasan hutan lagi meningkatkan kadar perubahan cuaca dan berterusanlah perubahan ini. Lambat laun dunia menjadi gersang dan tiada apa boleh hidup diatasnya.

Hutan dunia umpama paru-paru yang membersihkan udara dan tiada cara lain untuk membersihkan udara melainkan melalui tumbuh-tumbuhan dan hutan yang luas.

Kehilangan kawasan hutan bukan setakat mengubahkan cuaca dunia malah mengurangkan peluang bagi kita, manusia, mencari pelbagai penyelesaian perubatan dan banyak perkara boleh kita belajar daripada alam. Satu hari nanti ubat kepada kanser dan ubat untuk menentang virus boleh dijumpai dalam tumbuh-tumbuhan. Haiwan turut mengajar manusia bagaimana menyelesaikan pelbagai masalah pembinaan dan banyak alatan berdasarkan pemerhatian kepada alam.

Setiap langkah-langkah yang diutarakan dalam artikel ini mampu menghijaukan semula dunia. Walaupun tindakan ini kecil bagi seorang individu namun apabila ramai melakukannya, ia akan menghasilkan kesan yang berpanjangan.

Perkara yang paling penting dalam proses membaiki semula dunia adalah dengan berjimat. Berjimat daripada semua segi. Pembaziran sebenarnya yang menyebabkan pencemaran yang melampau yang seterusnya mengancam dunia kita.

- Kurangkan penggunaan sumber tenaga seperti minyak dan elektrik. Tutup lampu dan perkakasan yang tidak digunakan.
- Kurangkan pembaziran air. Air bersih semakin berkurangan dan air bersih menjadi semakin mahal untuk diproses akibat pencemaran sungai.
- Kurangkan pengambilan makanan agar tidak berlebihan dan Masaklah sendiri di rumah. Kebanyakan daripada kita adalah dalam kategori gemuk dan mempunyai berat badan yang tidak sihat.

Kempen Makan Nasi Separuh
http://blog.perempuanmelayu.info/2008/04/kempen-makan-nasi-separuh.html

Penjimatan diatas turut menguntungkan kepada anda kerana ia turut melibatkan penjimatan kewangan.

Kitar semula sampah rumah anda. Asingkan kertas, bahan logam dan plastik dan masukkan dalam tong-tong khas yang telah disediakan. Malah anda boleh mendapatkan wang dengan menjual barangan terpakai kepada kedai kitar semula.

Nokia, sebuah syarikat pengeluar telepon bimbit turut mengadakan kempen kitar semua telepon bimbit. Sekiranya 3 billion pengguna telepon bimbit kitar semula sekurangnya sebuah telepon bimbit, ia dapat mengitarkan semula sekitar 240,000 ton bahan-bahan asal pembuatan. Bersamaan menghentikan pelepasan karbon dioksida oleh 4 juta kereta. Karbon dioksida adalah salah satu gas penyebab kesan rumah hijau.

Telepon bimbit anda mengandungi aluminium, perak, emas dan bahan logam lain yang boleh ditukarkan semula kepada alatan elektrik lain, barang kemas, penanda jalan plastik dan pelbagai. Semua bahagian ada gunanya.

Kitar semula telepon bimbit dapat mengurangkan pencemaran alam. Bahan-bahan toksin daripada bateri telepon merbahaya kepada alam. Kitar semula akan memastikan bahan-bahan merbahaya diasingkan dan dibuang dengan selamat.

Nokia telah menyediakan kemudahan kiosk yang membolehkan telepon terpakai dipulangkan. Maklumat lanjut boleh dilihat di

http://www.nokia.com.my/

Berjimat dan kitar semula. Langkah kecil anda sekarang membantu memperlahankan kesan rumah hijau kepada bumi.

Sampaikan email ini kepada rakan-rakan yang lain. Ia juga usaha untuk menyedarkan orang ramai bahawa bumi tempat kita tinggal ini semakin kritikal.

Persediaan Untuk Wanita Yang Ingin Mengandung
http://keluarga.noorjannah.com/2008/10/persediaan-untuk-wanita-yang-ingin.html

Bacaan Untuk Pasangan Suami Isteri Yang Baru Mendirikan Rumah Tangga
http://www.tipswanita.com/Family/Bacaan_Untuk_Pasangan_Suami_Isteri_Yang_Baru_Mendirikan_Rumah_Tangga/


Himpunan Kata-kata Hikmah Kasih Sayang Dan Cinta
http://untukwanita.noorjannah.com/2008/09/renungan-himpunan-kata-kata-hikmah.html

Ketahui Kulit Muka Anda
http://untukwanita.noorjannah.com/2008/10/ketahui-kulit-muka-anda.html

Menulis Untuk Menjadi Kaya
http://cybermoney2u.blogspot.com/2008/07/menulis-untuk-jadi-kaya-2.html

Tapisan Web Untuk anak-anak
http://safesurf.perempuanmelayu.info/

Laman penulis http://blog.perempuanmelayu.info/

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di

http://asia.groups.yahoo.com/group/tipswanita

atau hantarkan email kepada [email protected]

Pelbagai artikel, tips dan nasihat di

http://blog.perempuanmelayu.info/

Wassalam.

Kumpulan penulis Tipswanita Noorjannah.com dan laman perempuanmelayu.info

29 Nov 2008

Hakcipta dituntut oleh penulis dan penyumbang Kumpulan penulis Tipswanita dan laman perempuanmelayu.info

http://www.perempuanmelayu.info/

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

--- Iklan ---

Iklankan perkhidmatan dan barangan anda di PutraOnline.com
http://directory.putraonline.com/

Making Money Online For Malaysian
http://cybermoney2u.blogspot.com/

Direktori Artikel Untuk Wanita Melayu dan English
http://www.tipswanita.com/

Archive

http://keluarga.noorjannah.com/2008/10/persediaan-untuk-wanita-yang-ingin.html

Jom Berkawan