Promotion By Adverlets And Adbrite


Dating In Malaysia

Dating In Malaysia
Dating In Malaysia

Cybermoney2u Blog

Cybermoney2u Blog
Cybermoney2u Blog

Wednesday, August 12, 2009

Tindakan Hadapi Penyakit A H1N1 Selsema Babi (Swine Flu)

Tindakan Hadapi Penyakit A H1N1 Selsema Babi (Swine Flu)

(1) Perkara paling penting adalah mendapatkan maklumat yang betul. Lawat laman web Kementerian Kesihatan Malaysia.

Laman Web Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
http://www.moh.gov.my/

Talian Kementerian Kesihatan Malaysia (03) 8881-0200/300

Blog Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
http://blogmoh.moh.gov.my/?p=385

Info Sihat
http://www.infosihat.gov.my/

Centers For Disease Control (US)
http://www.cdc.gov/H1N1FLU/

Kematian akibat A H1N1 bukanlah disebabkan oleh virus itu sendiri tetapi akibat kesannya terhadapan golongan berisiko tinggi. Mereka yang menghadapi penyakit asthma, kencing manis, penyakit jantung, masalah buah pinggang dan wanita mengandung adalah dalam kumpulan berisiko tinggi.

Pastikan langkah berjaga-jaga diambil dan diambil berat oleh golongan berisiko tinggi.

(2) Mempertingkatkan sistem pertahanan badan

Adalah satu keperluan untuk meningkatkan sistem pertahanan badan. Tingkatkan permakanan buah-buahan dan sayur-sayuran. Vitamin C dalam buah-buahan mampu meningkatkan sistem pertahanan badan dan menentang virus yang memasuki badan.

Makan multivitamin bagi meningkatkan jumlah pengambilan khasiat kepada badan. Makanan multivitamin semula jadi seperti Spirulina dan dan Chlorella boleh diambil. Bacaan lanjut di

Chlorella
http://productsweused.blogspot.com/2007/01/yaeyama-chlorella.html

Spirulina Multivitamin Daripada Alam
http://tipswanitasihat.blogspot.com/2007/02/multivitamin-daripada-alam.html

Fiber Satu Keperluan Badan Yang Dilupakan
http://blog.perempuanmelayu.info/2006/05/fiber-satu-keperluan-badan-yang.html

(3) Menjaga kesihatan diri

A H1N1 merebak dengan cepat kerana sikap kita tidak menjaga kesihatan diri dan mengamalkan amalan kesihatan yang baik.

Kurangkan aktiviti ditempat awam atau melibatkan kumpulan yang ramai bagi mengurangkan risiko pendedahan dan juga risiko anda menjangkitkan virus kepada orang lain.

Sekiranya anda demam rehat di rumah dan hanya boleh boleh keluar sebaik sahaja demam reda selepas 24 jam. Ini adalah langkah untuk memastikan mereka yang mempunyai virusA H1N1 tidak menyebarkannya kepada orang ramai.

Tutup mulut dan hidung sewaktu bersin dan batuk. Virus A H1N1 merebak melalui bersin dan batuk mereka yang menghidapinya.

Cuci tangan sentiasa kerana virus juga boleh merebak melalui sentuhan kepada tempat yang dicemari dengan virus A H1N1.

Elakkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulut kerana ia adalah bahagian utama virus A H1N1 menyerang.

Gunakan penutup hidung dan muluk (mask) sama anda sihat atau tidak apabila berada di tempat awam. Permakaian penutup hidung dan mulut adalah terutamanya kepada mereka yang dijangkiti.

Menggunakan mask akan memastikan bersin dan batuk tidak menyebarkan ditempat umum dan individu yang berdekatan dengan anda.

Namun sekiranya anda demam, selsema dan batuk sebaiknya berada di rumah dan berehat.

Jangan pentingkan diri kerana dengan berada di tempat awam atau di pejabat hanya meningkatkan jumlah jangkitan. Berehat dan pastikan anda sihat secara penuh.

Hentikan sebaran virus A H1N1 dengan menjaga dan mengamalkan kesihatan yang sihat.

Segera berjumpa doktor apabila anda mempunyai tanda-tanda berikut :-

  • Demam melebihi 38 Darjah Celcius
  • Sakit tekak
  • Sakit kepala
  • Batuk tidak berkahak pada peringkat awal
  • Letih dan lesu
  • Sakit-sakit badan

Dapatkan rawatan awal dengan segera.

Artikel-artikel lain

Persediaan Hadapi Jerebu
http://blog.perempuanmelayu.info/2009/06/langkah-langkah-hadapi-jerebu.html

Jadilah Hero Dengan Menderma Darah
http://untuklelaki.noorjannah.com/2009/01/jadilah-hero-dengan-menderma-darah.html

The Fibrocystic Breast
http://blog.perempuanmelayu.info/2009/08/fibrocystic-breast.html

Bacaan Untuk Pasangan Suami Isteri Yang Baru Mendirikan Rumah Tangga
http://tamanwangi.perempuanmelayu.info/2008/10/bacaan-untuk-pasangan-suami-isteri-yang.html

Persediaan Untuk Wanita Yang Ingin Mengandung
http://keluarga.noorjannah.com/2008/10/persediaan-untuk-wanita-yang-ingin.html

Tapisan Web Untuk anak-anak
http://safesurf.perempuanmelayu.info/

Laman penulis http://blog.perempuanmelayu.info/

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di

http://asia.groups.yahoo.com/group/tipswanita

atau hantarkan email kepada [email protected]

Pelbagai artikel, tips dan nasihat di

http://blog.perempuanmelayu.info/

Wassalam.

Kumpulan penulis Tipswanita.com Noorjannah.com dan Perempuanmelayu.info

12 Ogos 2009

Hakcipta dituntut oleh penulis dan penyumbang Kumpulan penulis Tipswanita.com
Noorjannah.com dan laman Perempuanmelayu.info

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

--- Iklan ---

Making Money Online For Malaysian
http://cybermoney2u.blogspot.com/

Portal Tipswanita Untuk Wanita Malaysia
http://www.tipswanita.com/

Pakej Template Blog dan Laman web Murah
http://studi07.blogspot.com/

Jom Berkawan