Promotion By Adverlets And Adbrite


Dating In Malaysia

Dating In Malaysia
Dating In Malaysia

Cybermoney2u Blog

Cybermoney2u Blog
Cybermoney2u Blog

Wednesday, October 19, 2011

Berita Harian Sila Mohon Maaf Kepada Human Milk 4 Human Babies - Malaysia


Kami ingin panjangkan sokongan dan rayuan sokongan kepada anda semua bagi isu artikel yang telah dikeluarkan oleh Berita Harian bertajuk "Tawar Susu Ibu di Internet" pada Jumaat, 14hb Oktober 2011. Artikel tersebut telah membawa pandangan negatif dan kurang baik kepada usaha berkongsi susu ibu oleh Human Milk 4 Human Babies (HM4HB). Anda perlu baca lanjut di

Artikel Terpesong tentang Human Milk 4 Human Babies - Malaysia; Surat kepada Editor


Sedangkan bagi orang Islam ada galakan jika ibu tidak berkemampuan, bayi boleh disusu oleh wanita lain dan Rasulullah sendiri disusukan oleh ibu susu yang bernama Halimahtus Sa'adiah. Maklumat lanjut tentang HM4HB boleh anda rujuk disini.


Bagi menyokong usaha HM4HB membersihkan nama baik mereka dan juga memastikan umum mendapatkan penjelasan yang benar dan jelas, sila nyatakan sokongan anda dengan catatkan sokongan melalui laman web dibawah ini.

Berita Harian, please apologize to Human Milk 4 Human Babies - Malaysia - Sign the Petition

Monday, October 10, 2011

Hoax - Gambar Video Buah Dada Wanita Berulat


Hoax - Gambar Video Buah Dada Wanita Berulat

Telah tersebar dalam Facebook dan Internet, video buah dada wanita yang dijangkiti ulat (maggot) dan ulat itu dikeluarkan daripada buah dada wanita tersebut.

Ini adalah Hoax. Maklumat yang palsu. Gambar video tiada kaitan dengan isi kandungan email. Sila rujuk.


Diringkaskan. Video tersebut adalah diambil daripada satu laman web perubatan yang melaporkan satu kes unik jangkitan ulat kepada buah dada seorang wanita yang berumur 70 tahun di Nigeria. Laporan tidak menyebut atau dapat mengenal pasti bagaimana ulat-ulat itu menjangkiti buah dada wanita tersebut.

Cerita dalam email tiada langsung berkait dengan asal video tersebut. Hentikan sebaran maklumat tidak tepat dan hoax yang hanya akan menimbulkan fitnah dan kekeliruan.

Sekian, terima kasih.

Kumpulan Penulis Perempuanmelayu.info

10 Okt 2011.


Kempen Kesedaran Pemeriksaan Payu Dara Buah Dada Wanita Dan lelaki

http://blog.perempuanmelayu.info/2011/10/kempen-kesedaran-pemeriksaan-payu-dara.html

Sunday, October 09, 2011

Kempen Kesedaran Pemeriksaan Payu Dara Buah Dada Wanita Dan lelaki


Kanser buah dada adalah antara penyakit yang mudah dikesan tetapi sering diabaikan oleh penduduk Malaysia terutama wanita. Kanser buah dada (payu dara) adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Kesedaran pemeriksaan berkala dan kerap perlu diketahui oleh setiap wanita di Malaysia.

Bantu diri anda sendiri sebagai seorang wanita atau anda lelaki yang menyayangi wanita untuk menggalakkan pemeriksaan buah dada. Pemeriksaan sendiri buah dada untuk tanda-tanda kanser adalah mudah dan tidak mengambil masa. Lelaki juga ada risiko hadapi kanser buah dada, sila periksa buah dada anda dengan kerap.

Lawat laman ini untuk maklumat pemeriksaan sendiri buah dada kesayangan anda


Like dan sebarkan kepada rakan-rakan yang lain tidak kira lelaki atau wanita dan Like Facebook Page ini

Breast Cancer Welfare Association



Kenyataan daripada Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat, 21 Feb 2002

Wanita di dalam lingkungan umur 40an harus melalui pemeriksaan saringan mamografi setiap tahun atau 2 tahun sekali

Wanita yang melebihi umur 50 tahun harus melalui pemeriksaan saringan mammografi setiap tahun atau 2 tahun sekali

Wanita yang mempunyai faktor risiko yang tinggi harus menjumpai pakar penyakit payudara untuk memastikan keperluan melalui pemeriksaan saringan mamografi walaupun belum sampai umur 40 tahun dan juga kekerapan pemeriksaan saringan ini

Membelai buah dada wanita


How much do you know about Breasts? Pledge for Women


Wednesday, October 05, 2011

Transform Your Home, how would you spend it?

Here's how to transform your house to that ideal home you always wanted

RM30,000 worth of prizes to be won to Transform Your Home, how would you spend it?

http://says.my/tipswanita/boustead

Take part and stand to win up to RM30,000 worth of fabulous home appliances, vouchers for paint and tiles, plus the Curve Touch 'n Go Card! Visit The Curve and take part now, contest is from 30th Sept - 31 Oct 2011.

Sunday, October 02, 2011

Membelai Buah Dada Wanita

Ramai wanita yang mahu buah dada yang cantik dan tegang. Namun begitu, perincian apa yang cantik dan macam mana yang tegang adalah tidak nyata. Setiap wanita perlu tahu, buah dada adalah berbeza bagi setiap wanita, daripada segi saiz, bentuk, warna dan ketegangan. Hanya kerana melihat gambar seorang model iklan dengan buah dada yang cantik, seseorang wanita mahu menurutnya.

Buah dada anda adalah sesuai dan sempurna untuk diri anda. Terima buah dada anda, jaga dan belai buah dada itu sebaiknya.

Perkara paling utama adalah memakai coli yang bersesuaian dengan bentuk dan saiz buat dada. Jangan memakai coli yang saiz terlalu kecil, ini akan membuat anda tidak selesa. Apabila memakai coli yang kecil dan dada dirasakan seperti terkeluar, maka saiz itu adalah kecil.

Juga jangan terlalu besar sehingga buah dada tidak masuk dengan kemas dalam coli, ia juga menimbulkan rasa tidak selesa.

Bahagian tengah coli, penyambung antara dua mangkuk coli, apabila dipakai sepatutnya selasa berada pada atas tulang dada.. Cuba tarik nafas dalam-dalam sewaktu mencuba coli yang baru. Apabila anda memakai coli sepatut rasa seperti buah dada dipegang kemas dan apabila nafas ditarik pegangan itu tidak sepatutnya membuat anda rasa tidak selesa, kemas tetapi tidak terlalu ketat.

Untuk memastikan coli ada sesuai. Sewaktu mencuba, Lakukan juga aktiviti yang biasa dilakukan, seperti menghayunkan tangan, melompat-lompat kecil, berlari-lari anak atau jika coli itu digunakan untuk senaman atau sukan, lakukan gerakan sukan yang anda ingin lakukan. Ia sepatutnya selesa dipakai dan kedua-dua buah dada kurang pergerakan sebab ia dipegang kemas oleh coli yang dicuba.

Buah dada perlu diperiksa untuk melihat sebarang perubahan. Kanser buah dada adalah pembunuh nombor satu wanita di Malaysia.

Pengesanan awal dapat memberikan wanita peluang yang lebih besar untuk pulih.

Lakukan pemeriksaan dua atau tiga hari selepas berhenti haid setiap bulan. Lakukan pemeriksaan didepan cermin untuk melihat tanda-tanda perubahan seperti

- Ketulan pada dada dan bawah ketiak
- Sebarang perubahan daripada segi bentuk dan saiz
- Bengkak, kemerahan, perubahan warna kulit dan rasa panas
- Puting masuk ke dalam
- Rasa sakit yang tidak berkait dengan datang bulan
- Keluar darah atau lendir bukan susu pada puting

Cara pemeriksaan buah dada yang betul perlu dipelajari. Dapatkan nasihat doktor atau hadiri kelas khusus untuk pemeriksaan buah dada sendiri. Anda boleh hubungi Persatuan Kebajikan Barah Buah Dada di 03-79492093

Jika ada sebarang perubahan, dapatkan pemeriksaan doktor. Walaupun ia mungkin bukan petanda penyakit, namun setiap perubahan adalah penting. Pengesanan dan rawatan awal dapat memberikan peluang yang besar untuk pulih dan menyelamatkan nyawa. Jangan malu mendapatkan kepastian doktor.

Permakanan yang sihat dan sesuai boleh membuat tisu buah dada sentiasa sihat.

Antaranya adalah isoflavones seperti genistein, Gamma Linolenic Acid (GLA), Indole-3-Carbinol, broccoli untuk sulforaphanes, gotu kola, saw palmetto dan lycopene.

Kacang soya adalah antara makanan yang mengandungi genistein. Genistein daripada kacang soya mempunyai bentuk kimia yang menyerupai hormon estrogen. Ini dapat membantu dalam mengimbangi dan mengawal kadar estrogen dalam badan wanita. Semakin wanita berusia semakin menurun pengeluaran hormon estrogen. Amalan permakanan daripada produk kacang soya dapat membantu dalam mengurangkan kesan kekurangan estrogen ini.

Gamma Linolenic Acid (GLA) membantu dalam mengimbangi aktiviti prolactin. Prolactin adalah bertujuan untuk menghasilkan hormon prostaglandin PGE, hormon membantu dalam perseimbangan dan fungsi biologi badan.

GLA seperti daripada Evening Primrose Oil (EPO) turut membantu dalam mengatasi masalah Premenstrual Syndrome (PMS). Penghasilan prostaglandin memerlukan kumpulan vitamin B lengkap, vitamin C, zink dan mangnesium. Malah dicadangkan mengambil multivitamin dan mineral lengkap bagi mendapat tahap kesihatan yang baik.

Indole-3-Carbinol satu lagi bahan yang dijangkakan dapat membantu kesihatan tisu buah dada melalui kemampuannya membantu proses metabolisma hormon estrogen. Bahan ini terdapat dalam sayur-sayuran jenis "cruciferous" seperti brakoli, kobis, cauliflower dan "bruseels sprouts". Sayur-sayur ini turut mengandungi sulforaphanes yang telah dikenal pasti memberikan kesan positif kepada tisu buah dada.

Lycopene adalah carotenoid yang boleh didapati didalam tomato dan produk berasas tomato. Carotenoid adalah antioxidant yang penting. Lycopene didapati adalah lebih efektif sebagai antioxidant berbanding beta carotene dan alpha tocopherol. Wujudnya antioxidant adalah penting sebagai perlindung sel-sel daripada tindakan oxidant oksigen. Ia umpama cat pada besi supaya besi tidak berkarat.

Gotu kola adalah untuk membantu melancarkan edaran darah dalam badan. Edaran darah yang lancar membantu dalam membentuk tisu-tisu badan yang sihat.

Pelbagaikan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Amalkan pengambilan lima hidangan satu hari sama ada buah-buahan atau sayur-sayuran atau campuran kedua-duanya. Satu hidangan adalah sebesar tapak tangan sendiri. Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi khasiat yang tidak dapat dibotolkan. Ia dapat membantu badan membentuk tisu-tisu badan yang sihat dan melindungi sel-sel daripada berkembang kepada sel-sel yang boleh menjadi kanser.

Bagi wanita, amalkan permakanan yang berasaskan soya. Semakin kerapkan pengambilan soya apabila usia semakin bertambah. Pengambilan kacang soya adalah pada kadar 40 ke 80mg sehari.

Begitu juga pengambilan EPO. Dapatkan EPO dalam bentuk pil agar ia mudah dimakan setiap hari. Jadikan tomato dan brakoli atau sayuran berkaitan dalam hidangan makanan harian.

Bagi wanita yang mahukan buah dada yang menarik dan sentiasa sihat, menjaga kesihatan badan adalah penting. bersenamlah kerana membantu dalam melancarkan edaran darah beroksigen. Kurangkan makanan yang mengandungi lemak yang tidak sihat. Kurangkan pengambilan gula dan garam, kurangkan minuman berkaffeine seperti kopi, amalkan makan sayur-sayuran dan fiber.

Petua untuk suami isteri. Jika berkesempatan, pancutlah air mani pada dada wanita. Air mani itu kemudiannya disapu seluruh kedua-dua buah dada dalam pusingan jam. pastikan ia disapu rata. Tunggu ia kering sebelum membersihkan ia dengan air. Petua ini dikatakan dapat menegangkan buat dada wanita.


dan Chlorella





Nasihat doktor adalah penting. Dapatkan nasihat doktor atas apa jua masalah yang anda hadapi.

Artikel menarik yang lain





Jika anda mempunyai soalan-soalan khusus untuk ditanya sila emailkan kepada tipswanita @ gmail DOT com

Sidang Pengarang Wanita Dot Us.

11Mar2007
Kemasan 2 Okt 2011

Untuk tidak ketinggalan artikel dan tips yang berilmu dan menarik

Atau hantarkan email kosong kepada [email protected]

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit
http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

This blog is written by Wanita Melayu to share information and knowledge about Wanita Melayu. All articles and tips are written in bahasa Melayu. If you like Wanita Melayu or want to share information with wanita melayu just visit all the links below.


Love you all from Wanita Melayu.

Jom Berkawan