Hoax - Gambar Video Buah Dada Wanita Berulat
Telah tersebar dalam Facebook dan Internet, video buah dada wanita yang dijangkiti ulat (maggot) dan ulat itu dikeluarkan daripada buah dada wanita tersebut.
Ini adalah Hoax. Maklumat yang palsu. Gambar video tiada kaitan dengan isi kandungan email. Sila rujuk.
Diringkaskan. Video tersebut adalah diambil daripada satu laman web perubatan yang melaporkan satu kes unik jangkitan ulat kepada buah dada seorang wanita yang berumur 70 tahun di Nigeria. Laporan tidak menyebut atau dapat mengenal pasti bagaimana ulat-ulat itu menjangkiti buah dada wanita tersebut.
Cerita dalam email tiada langsung berkait dengan asal video tersebut. Hentikan sebaran maklumat tidak tepat dan hoax yang hanya akan menimbulkan fitnah dan kekeliruan.
Sekian, terima kasih.
Kumpulan Penulis Perempuanmelayu.info
10 Okt 2011.
Kempen Kesedaran Pemeriksaan Payu Dara Buah Dada Wanita Dan lelaki
http://blog.perempuanmelayu.info/2011/10/kempen-kesedaran-pemeriksaan-payu-dara.html
Kempen Kesedaran Pemeriksaan Payu Dara Buah Dada Wanita Dan lelaki
http://blog.perempuanmelayu.info/2011/10/kempen-kesedaran-pemeriksaan-payu-dara.html


